MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 utk kaum laki je"susah benor kalau nak cari bini".

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
azmy75
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 316
Mata Ganjaran : 2542
Reputasi : 7
Join date : 2011-07-01
Location : Kajang, Bangi,

PostSubject: utk kaum laki je"susah benor kalau nak cari bini".   Tue Jul 05, 2011 8:50 am

Kalau bakal isteri seorang guru. Alamatnya, kat rumah akan bising kot.
Mana taknya, dilayan kita macam anak murid. “Kamu, jangan baca
suratkhabar. Sila ke dapur untuk membantu saya!”. Dengan suara yang
kuat. Ya, aku perasan, ramai cikgu yang dah hilang tombol volume suara
kat tekak mereka.


Kalau bakal isteri seorang pekerja kilang. Waktu malam kita nak tidur
pun susah. Mana taknya, dia dok kemas rumah. “Abg, siang saya kerja.
Malam nih lah nak kemas rumah segala. Harapkan abg? Hampeh!” Kita plak
yang kena! Tapi yang bestnya, tgh malam pun tak yah risau nak cari
makanan. Bini tersayang kan ada…


Kalau bakal isteri seorang akauntan. Mak aih, segala kewangan perlu
dikawal. “Abg, jangan berbelanja lagi sekarang, kita bertahan. Nanti,
masa kadar matawang kita tinggi, kita akan berbelanja di Singapura.
Juga, pastikan investment untuk hartanah rujuk kepada saya dahulu” Itu
ok lagi.. Kalau…. “Tempoh peminjaman duit saya kepada abg sebanyak RM
10, 5 hari lepas belum berbayar. Mengikut kadar bunga yang telah
ditetapkan, iaitu 10% kenaikan bagi setiap hari, abg perlu bayar RM 15.
Jika tidak, kadar bunga akan semakin bertambah” Tak ke naya?


Kalau bakal isteri seorang ahli sukan. Adeh, bila masa kita nak rehat
yek? “Abg, baru balik kerja ye. Cepat tukar baju, kita berjogging.
Kesihatan perlu dijaga. Setiap minit abg berlari, kalori dibakar adalah
bersamaan dengan kalori bagi setiap roti canai yang abg makan” Adeh.
Kalau tgh berperang besar. Nak pulak atlit lontar peluru. Agak2nya,
sempat tak nak capai kunci kereta larik?


Kalau bakal isteri kita suri rumah sepenuh masa. Tak pernah lihat dunia
luar sebelum kahwin. Bayangkan kita bawa ke majlis yang menghidangkan
makanan itali. “Abg, Leha nak makan murtabak tu..” Merengek, dan kuat.
Sedangkan itu lasagna. Belum lagi jerit kat pelayan panggil mintak sos
cili. Lagi parah, kalau bawak beg plastik, isi makan yang bersusun kat
meja buffet. Kat mana nak letak muka kita ni yekkk…
Back to top Go down
 
utk kaum laki je"susah benor kalau nak cari bini".
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Fakta, sebenarnya kaum pendatang arab lah yang ingin MENJAJAH yerusalem
» Nama bayi Islami untuk Laki-Laki
» Kawm Ntawv Hmoob
» Pandangan Orientalis Terhadap Hadits
» Ke Arab, Siap-siap Diperkosa Jiwa dan Raga

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Group-
Jump to: