MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Ha'ah, Benar & Betul

Go down 
AuthorMessage
azmy75
SDT The Legend
SDT The Legend
azmy75


Posts : 316
Mata Ganjaran : 5214
Reputasi : 7
Join date : 2011-07-01
Location : Kajang, Bangi,

Ha'ah, Benar & Betul Empty
PostSubject: Ha'ah, Benar & Betul   Ha'ah, Benar & Betul EmptyTue Jul 05, 2011 9:28 am

"Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah
restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak
kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya
pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?" Budak kecil itu
mengangguk sambil menjawab... "ha'ah" Pelancong itu tidak faham
perkataan 'ha'ah'. Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin
bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..
"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan
Pasir?" Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar". Nampaknya
pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'. Namun kerana budak
remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?" Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."

Sekadar gambar hiasan

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu untuk
menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi.. "Saya keliru.. Tadi
saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya 'ha'ah'.. lalu saya
bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. Akhirnya
saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya
mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"

"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar
belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab
'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah..
dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana,"
jawab orang dewasa itu...

"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?" tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"

p/s: Apa la pakcik ni...
Back to top Go down
 
Ha'ah, Benar & Betul
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…
» antara 12 posisi kamasutra cara main yang betul

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Group-
Jump to: