MySDT

Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 
 Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next
AuthorMessage
scarface
SDT The Legend
SDT The Legend

Posts : 605
Mata Ganjaran : 52728
Reputasi : 7
Join date : 2011-05-05

PostSubject: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Thu Jul 07, 2011 1:34 pm

SELEPAS mengintip kekuatan Malaysia menentang Taiwan pada pusingan
pertama kelayakan Piala Dunia 2014 tempoh hari, jurulatih Singapura,
Radojko Avramovic yakin beliau memiliki strategi terbaik bagi meranapkan
impian anak buah Datuk K Rajagobal untuk mara ke pusingan seterusnya.

Katanya, secara tradisi pertembungan Malaysia dengan Singapura pasti
sengit tidak kira dalam apa jua pertandingan dan beliau menjangkakan
situasi sama terjadi pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di
Stadium Jalan Besar, 23 Julai ini.
“Perlawanan itu akan
mencetuskan satu suasana hebat dan akan mengembalikan memori sebelum
ini, namun ia sudah berlalu. Ini adalah saingan kelayakan Piala Dunia
dan kami mahu layak ke pusingan ketiga sekali lagi,” katanya sebagai
memetik laporan laman web Today Online semalam.

Berdasarkan rekod pertembungan di pusingan kelayakan Piala Dunia oleh
Fifa, kedua-dua negara ini pernah bertemu tiga kali dengan dua
daripadanya memihak kepada Singapura pada 1977 dan 1989.
Sebagai
persiapan menghadapi skuad Harimau Malaya, Avramovic, 61, semalam
mengumumkan senarai 25 pemain untuk menjalani latihan pusat yang bermula
14 Julai ini.
Namun rata-rata pemain yang masih mendapat
tempat dalam skuad itu adalah muka-muka lama memandangkan beliau tidak
memiliki masa untuk menguji pemain baru.

Apa yang penting baginya, pasukannya tidak mengalami masalah sama
seperti yang dialami rakan sejawatnya, Rajagobal yang dihimpit masalah
kecederaan pemain.
“Ini adalah 25 pemain terbaik yang kami ada
dan saya tidak memanggil ramai pemain baru kerana tidak mempunyai masa
untuk menguji mereka. Saya cuma berharap kami tidak berdepan sebarang
masalah kecederaan apabila bertemu Malaysia,” jelas Avramovic.

Daripada senarai pemain yang dikeluarkan itu, Singapura masih menagih
khidmat pemain luar yang diberikan hak kerakyatan iaitu Qiu Li dan Shi
Jiayi (China), Bennett Daniel Mark (England) Aleksandar Duric dan
Mustafic Fahrudin (Serbia).
Bagaimanapun penyerang kelahiran
Nigeria, Agu Casmir dan juga bintang tempatan, Mohamed Noh Alam Shah
tidak berada dalam senarai kali ini.
Apa yang memeningkan
kepala Avramovic apabila kedudukan kapten skuad Singa itu, Shahril Ishak
masih dalam tanda tanya selepas dia beraksi dalam liga haram Indonesia
bersama kelab Medan Chiefs yang berkemungkinan berdepan tindakan Fifa.
Selepas
aksi pertama di Singapura, kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi
dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28
Julai ini untuk mencari tempat beraksi di peringkat kumpulan.
Singapura
mendapat bye pada pusingan pertama manakala Malaysia mengatasi Taiwan
menerusi kelebihan gol di tempat lawan selepas agregat terikat 4-4.

_________________
"Hey! Kalau aku sembelih kau lapan belas, baru kau tahu tentang penyesalan, tau tak?"
Back to top Go down
scarface
SDT The Legend
SDT The Legend

Posts : 605
Mata Ganjaran : 52728
Reputasi : 7
Join date : 2011-05-05

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Thu Jul 07, 2011 1:35 pm

Gila babi ramai pemain import dlm team Singapore nie....

Macam tak aci je nak lawan mereka nie

_________________
"Hey! Kalau aku sembelih kau lapan belas, baru kau tahu tentang penyesalan, tau tak?"
Back to top Go down
cipanz
SDT Junior
SDT Junior

Posts : 71
Mata Ganjaran : 2095
Reputasi : 1
Join date : 2011-06-03

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Fri Jul 08, 2011 3:09 am

singap0re negara kecik.. mereka akan imp0rt pemain and jadikan warganegara... kekeke.. nak buek camner br0... biasak ar tu....

diharapkan.. kita bleh perbaiki lagi team kita... sayang sangat masa lawan taiwan kat sana tu.. kita seri plak... isk... maybe percaturan salah k0t..
Back to top Go down
terry
SDT Otai
SDT Otai

Posts : 178
Mata Ganjaran : 2730
Reputasi : 0
Join date : 2011-05-06
Location : kl

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Fri Jul 08, 2011 1:24 pm

PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) semalam mengesahkan bahawa hanya 500 tiket diperuntukkan kepada penyokong Malaysia untuk aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar pada 23 Julai depan.

Stadium Jalan Besar hanya mampu menampung 6,000 penonton dan jumlah 500 itu hanya merangkumi lapan peratus - plagiat dari wanfakhrul.blogspot

_________________
"It is in the quiet crucible of your personal private sufferings that your noblest dreams are born and God's greatest gifts are given in compensation for all you've been through." ~Wintley Phipps
Back to top Go down
terry
SDT Otai
SDT Otai

Posts : 178
Mata Ganjaran : 2730
Reputasi : 0
Join date : 2011-05-06
Location : kl

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Fri Jul 08, 2011 1:26 pm

maybe 22 july nieh aku akan berangkat ke singapura.harap2 aku dapat tiket nanti huhuhu

_________________
"It is in the quiet crucible of your personal private sufferings that your noblest dreams are born and God's greatest gifts are given in compensation for all you've been through." ~Wintley Phipps
Back to top Go down
redcar
SDT Otai
SDT Otai

Posts : 173
Mata Ganjaran : 2687
Reputasi : 1
Join date : 2011-06-28
Location : sebelah rumah orang

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Fri Jul 08, 2011 1:28 pm

lorrrr .... takkan takde stadium yg besar kot kt singapore ...
takkan kelayakan piala dunia tp main kt stadium yg bleh muat 6000 org jer ???
kat taiwan aritu pun penyokong malaysia dan student malaysia sana yg pergi ke stadium pun dah cecah 500 org, ni kan pula jiran sebelah.

_________________
Muka Kena Tebal, Hati Mau Kental, Perangai Jangan Bebal.
Back to top Go down
The Dark Knight
SDT The Legend
SDT The Legend

Posts : 775
Mata Ganjaran : 52963
Reputasi : 12
Join date : 2011-05-22
Age : 33
Location : Celah Boobs

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Fri Jul 08, 2011 1:29 pm

terry wrote:
maybe 22 july nieh aku akan berangkat ke singapura.harap2 aku dapat tiket nanti huhuhu

cayalah bro terry...jgn lp singgah jalan geylang...hehehehehe....da tu share ler FR kat sini yek....sbg buah tangan untuk kengkawan kat sini....

_________________
Back to top Go down
terry
SDT Otai
SDT Otai

Posts : 178
Mata Ganjaran : 2730
Reputasi : 0
Join date : 2011-05-06
Location : kl

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Fri Jul 08, 2011 1:37 pm

rico wrote:
lorrrr .... takkan takde stadium yg besar kot kt singapore ...
takkan kelayakan piala dunia tp main kt stadium yg bleh muat 6000 org jer ???
kat taiwan aritu pun penyokong malaysia dan student malaysia sana yg pergi ke stadium pun dah cecah 500 org, ni kan pula jiran sebelah.

nak buat camne bro dah tu je stadium yang dorang ade
stadium national dorang dah diroboh kan skang dorang pakai stadium jalan besar
goyang gak gua kalo tak dapat tiket nanti
Back to top Go down
terry
SDT Otai
SDT Otai

Posts : 178
Mata Ganjaran : 2730
Reputasi : 0
Join date : 2011-05-06
Location : kl

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Fri Jul 08, 2011 1:39 pm

ade ape tueh kat jalan geylang master johnmatana
cer citer sket..hehehe

_________________
"It is in the quiet crucible of your personal private sufferings that your noblest dreams are born and God's greatest gifts are given in compensation for all you've been through." ~Wintley Phipps
Back to top Go down
redcar
SDT Otai
SDT Otai

Posts : 173
Mata Ganjaran : 2687
Reputasi : 1
Join date : 2011-06-28
Location : sebelah rumah orang

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Fri Jul 08, 2011 1:43 pm

terry wrote:
rico wrote:
lorrrr .... takkan takde stadium yg besar kot kt singapore ...
takkan kelayakan piala dunia tp main kt stadium yg bleh muat 6000 org jer ???
kat taiwan aritu pun penyokong malaysia dan student malaysia sana yg pergi ke stadium pun dah cecah 500 org, ni kan pula jiran sebelah.

nak buat camne bro dah tu je stadium yang dorang ade
stadium national dorang dah diroboh kan skang dorang pakai stadium jalan besar
goyang gak gua kalo tak dapat tiket nanti

adehhhh .. bagi ler quota tiket 1000 ke kan.
anyway .. syabas bro krn sanggup ke sana .. dun wori ada nyer tu tiketnya nanti sbb niat ikhlas tu.
Back to top Go down
The Dark Knight
SDT The Legend
SDT The Legend

Posts : 775
Mata Ganjaran : 52963
Reputasi : 12
Join date : 2011-05-22
Age : 33
Location : Celah Boobs

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Fri Jul 08, 2011 1:48 pm

terry wrote:
ade ape tueh kat jalan geylang master johnmatana
cer citer sket..hehehe

Jln geylang top ngan "AMOI" kt saner....wa tk pernah g...tp dl wa pernah join sammyboy forum...n mmg aderla dimentionkan jln geylang ni sbg lokasi "AMOI" kt saner....heheheheheheh.............per2 pun lu ni ULTRAMALAYA kew?

_________________
Back to top Go down
otokjem
SDT The Legend
SDT The Legend

Posts : 2231
Mata Ganjaran : 265587
Reputasi : 26
Join date : 2011-04-30
Location : sri gombak

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Fri Jul 08, 2011 1:51 pm

geylang ada banyak lorong bro.. tgk lorong tertentu.. paling best loron 11 tak silap wa or lorong 7.. aku pun da lupa sbb tak amek port sangat pasal geylang ni.. sbb member wa cakap tak best sgt.. lagipon dia sponsor aku gro yang mahal nya ari tu..

_________________
###############################################################
just because i'm flirt, doesn't mean i like u... stupid..

cheers cheers cheers
Back to top Go down
The Dark Knight
SDT The Legend
SDT The Legend

Posts : 775
Mata Ganjaran : 52963
Reputasi : 12
Join date : 2011-05-22
Age : 33
Location : Celah Boobs

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Fri Jul 08, 2011 1:55 pm

otokjem wrote:
geylang ada banyak lorong bro.. tgk lorong tertentu.. paling best loron 11 tak silap wa or lorong 7.. aku pun da lupa sbb tak amek port sangat pasal geylang ni.. sbb member wa cakap tak best sgt.. lagipon dia sponsor aku gro yang mahal nya ari tu..

Pergh bro otok di"sponcer"..hehehehehe...bertuah tul lu nih....heheheheh....

Bro terry, siler rujuk komen bro otok ini....heheheh...

_________________
Back to top Go down
terry
SDT Otai
SDT Otai

Posts : 178
Mata Ganjaran : 2730
Reputasi : 0
Join date : 2011-05-06
Location : kl

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Fri Jul 08, 2011 1:57 pm

hahaha takde aa bro wa bukan ultramalaya tak larat nak poco2 and jerit2 kat stadium tueh hehehe dah old skool wa malaysia je.
kalo geng2 wa set mmg wa akan kesana

_________________
"It is in the quiet crucible of your personal private sufferings that your noblest dreams are born and God's greatest gifts are given in compensation for all you've been through." ~Wintley Phipps
Back to top Go down
The Dark Knight
SDT The Legend
SDT The Legend

Posts : 775
Mata Ganjaran : 52963
Reputasi : 12
Join date : 2011-05-22
Age : 33
Location : Celah Boobs

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Fri Jul 08, 2011 1:59 pm

terry wrote:
hahaha takde aa bro wa bukan ultramalaya tak larat nak poco2 and jerit2 kat stadium tueh hehehe dah old skool wa malaysia je.
kalo geng2 wa set mmg wa akan kesana

K good2...harap2 Malaysia leh titik Singapore masa main kat saner...kalo ader snap pic game kat saner tempek2 ler kat sini...hehehehehehe...

_________________
Back to top Go down
z3ronim
SDT The Legend
SDT The Legend

Posts : 225
Mata Ganjaran : 2212
Reputasi : 4
Join date : 2011-07-01
Age : 30

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Sun Jul 17, 2011 9:54 pm

kalau tengok game msia vs arsenal n liverpool mungkin team msia ada harapan...

*sori menyampuk topic

_________________
Back to top Go down
strawhatcrew
SDT The Legend
SDT The Legend

Posts : 899
Mata Ganjaran : 2890
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-19
Location : in your room

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Tue Jul 19, 2011 1:32 pm

malaysia pasti layak nya g pusingan ke3 kalo smua dlm team top form time lwn nanti.. tgk safee sali main aritu lwn liverpool baru masuk je dah leh gol dlm 6 minit.. mmg terbaik la.. gua mmg supporter malaysia.. nanti lwn kat bukit jalil ni aku nak p tgk.. sapa2 nak join?? moh kita ke sana..

_________________
Back to top Go down
http://www.justusboys.com/forum/
azam
SDT Otai
SDT Otai

Posts : 140
Mata Ganjaran : 2687
Reputasi : 6
Join date : 2011-05-19
Age : 36
Location : subang jaya

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Tue Jul 19, 2011 1:35 pm

wa rase peluang kite cerah nk menang..team kite pun dlm prestasi terbaek..cume bab defend tu agak ragu2 ckit..mudah hilang punca..tp hopefully coach n player dpt recover nnti..apepun wa tetap turun bukit jalil nnti..
Back to top Go down
strawhatcrew
SDT The Legend
SDT The Legend

Posts : 899
Mata Ganjaran : 2890
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-19
Location : in your room

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Tue Jul 19, 2011 1:52 pm

mmg cerah.. tang defence tu aku nak komen sikit la.. sbb aritu kan perlawanan pertunjukkan so coach rajagopal nak test je player.. tu sbb goyah sikit.. lagipon time lwn liverpool tu khairul fahmi che mat sebenarnya sakit bahu dia x abis lagi.. sebab tu dia x diving nak tgkp bola.. apa2 pon aku mendoakan pasukan kita layak ke piala dunia.. bila lagi nak tgk kan masuk piala dunia?? so, korang jom la sokong team malaysia.. jgn asik nak sokong team epl je..

_________________
Back to top Go down
http://www.justusboys.com/forum/
terry
SDT Otai
SDT Otai

Posts : 178
Mata Ganjaran : 2730
Reputasi : 0
Join date : 2011-05-06
Location : kl

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Tue Jul 19, 2011 3:18 pm

SOLD-OUT!
"SINGAPORE-MALAYSIA FOOTBALL MATCH : ALL TICKET SOLD-OUT" - ChannelNewsAsia.com

6,000 keping tiket perlawanan habis dijual termasuk 500 keping yg FAS (Persatuan Bolasepak Singapura) peruntukkan kepada FAM. 250 keping yg FAM beri kepada SSFC habis dalam masa beberapa jam. Lagi 250 keping FAM bagi kat KBS juga dilaporkan habis, menurut member gua yg kerja kat sana, tak tahulah habis dijual atau diberi kepada orang-orang kat sana. Kalo betul dah bagi free tu, jangan tak datang pulak.

Di Singapura pula, gua mintak tolong member punya member untuk tolong beli tiket kat sana. Duduk kat bahagian fan Singapore pon gua peduli apa, janji gua dapat datang bagi sokongan. Tiket yg mula dijual pukul 10.30 pagi hari Jumaat telah SOLD-OUT pada jam 2.20 petang hari sabtu. Gua tak tahu la pulak fan mana ramai yg beli, mungkin penyokong Singa Temasek, dan mungkin juga penyokong Harimau Malaya. Dengar kabor ada datang dari Seremban semata-mata nak beli tiket ni. SALUTE!

Sekarang ni apa yg boleh kita di Malaysia buat? Gua pasti ramai lagi yg kecewa tak dapat ke sana, tapi nak buat macam mana, Singapura ni negara tak cukup tanah, buat stadium kecik-kecik je.

Hanya satu je kita boleh balas balik dengan apa yg terjadi. Penuhkan stadium kebanggaan kita, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 28 hb Julai ni. SNBJ adalah stadium ke-25 terbesar di dunia dan stadium bolasepak ke-9 terbesar di dunia, dengan kapasiti hampir 100,000 tempat duduk.

"Nak penuhkan Bukit Jalil? Mustahil, mustahil!" - Encik Kamsian.

Bagi gua tak mustahil En.Kamsian. Cuba lu orang tengok, Liverpool-Malaysia habis 67,000 keping tiket, Arsenal-Malaysia pula 60k, Chelsea-Malaysia gua agak ada la dalam 43k. Campur ketiga-tiga jumlah attendances ni = 170 000. Kita ambik separuh je jumlah ni, memandangkan separuh lagi mungkin datang dari penyokong luar negara dan penyokong Chelsea/Arsenal/Liverpool yg turut turun ke stadium setiap kali Harimau Malaya beraksi. Jumlahnya = 85 000 orang!

85 000 orang ni campur penyokong Malaysia lain, gua agak boleh lebih muatan. Tapi ini semua hanya boleh terjadi kalau yg datang game EPL-Tour ni turut sama datang menyokong team negara 28 Julai ni. Justeru itu gua menyeru semua sekali yg menyokong pasukan negara kita, datang lah ke SNBJ. Tolong lah datang. Sokong Harimau Malaya kat stadium dia punya feel lain beb dengan sokong team luar. Lain! Biar penuh, sold-out. Kita kasi tunjuk kat orang Singapura, ingat stadium kecik je boleh penuh, stadium besar pon boleh la!

"Aaa, saya tengok dulu result kat Singapore, kalo Malaysia menang, saya datang, boleh?" - Mat Toya.

Jangab begitu Mat Toya, jangan jadi lalang. Pedulikan keputusan 23 hb tu. Kalo Malaysia menang, kita datang bagi Malaysia semangat lagi nak membelasah Singa Kacuk ni. Kalau kita kalah, kita datang juga, kasi semangat balik kat player negara, bagi kejar balik gol dan seterusnya menang perlawanan tersebut.

Kalau 100,000 datang, stadium penuh dengan lautan Hitam Kuning / Biru (ikot la FAM nak pakai jersi kaler apa nanti), gua rasa lu orang semua boleh tengok seluar player Singapura akan ada warna kuning-kuning cair skit, tu semua pasal diorang dah tercirit takut tengok sokongan penyokong Malaysia.

Oh, untuk FAM, gua ada cadangan sedikit macam mana nak SOLD-OUT kan game Malaysia - Singapura nanti.

Pertama, FAM kena jual tiket awal. Seminggu awal pon takpa, jangan macam masa lawan Taiwan dulu. Pukul 8 nak main, pukul 3 baru nak bukak kaunter. Bila kaunter tiket dibuka awal, ini bukan sahaja memudahkan penyokong, tapi dari sudut kepenggunaan, ini akan mencetuskan suasana panik terhadap penyokong. Tiket dijual setiap hari, dan media akan menggembar-gemburkan sambutan penyokong Malaysia yg superb, bila orang tengok TV baca surakkhabar setiap hari orang beratur panjang nak beli tiket, diorang akan rasa cemas. Cemas sebab tiket dah nak habis, jadi keeseokan harinya mereka cepat-cepat beli. Contoh senang gua bagi kes gula la. Lu tengok bila org kata bekalan gula nak habis, semua orang panik, beli 5,6 paket, sampai la gula betul-betul habis.

Kedua, bukak kaunter tiket banyak sikit, bukannya di Bukit Jalil sahaja. FAM patut peruntukkan sedikit untuk persatuan bolasepak negeri. Kalau jual kat Shah Alam, orang Klang dan berdekatan dengannya boleh beli awal. Tak payah dorang nak pergi BJ, beli tiket, lepas tu balik rumah, tunggu 28hb, datang balik BJ. Agak menyusahkan gua rasa. Kalo jual dekat seremban,boleh senangkan orang-orang negeri 9 untuk beli,begitu juga di negeri-negeri lain. Marketing beb!

Kalo hal-ehwal jualan awal tiket ni bukan bawah FAM tapi bawah Perbadanan Stadium Malaysia dan banyak prosuder, gua rasa masa ni la FAM nak buat kerja. Kawtim la skit dgn Perbadanan Stadium, gua rasa mesti dorang setuju, tiket SOLD-OUT, dorang untung bai. FAM pon untung jugak.

Dan yg ketiga, FAM mungkin boleh buat promosi. Contohnya kalo pembelian early-bird (3,4 hari sbelum perlawanan bermula) dapat diskaun misalnya jual rm20 ke rm25,murah sikit dari harga biasa. Gua rasa tak sampai beberapa hari jualan tiket kompem lebat. (Singapore buat cara ni untuk pengetahuan anda, early bird dorg hanya 7 Dollar = RM 15). Orang ramai mesti tak nak jadi mangsa kapitalis FAM ni, jadi mereka akan beli tiket awal-awal. Alah, tak rugi pon kalo FAM turunkan harga tiket sikit, FAM kan dah kaya raya. Cuba la berjasa sikit.

Haa, benda pasal marketing pon gua yg tak habis belajar ni nak kena ajar kat FAM ni. Haishh, ke dekat FAM tak ada pegawai pemasaran? Kalo tak ada, bukak satu perjawatan, biar gua yg kerja situ. Untung-untung 4,5 tahun lepas tu, gua oleh cabar jawatan Presiden. Masa tu kalo gua jadi Presiden, gua buat Liga special dan tersendiri untuk Pahang, tak payah susah-susah nak tukar format nak selamatkan team. Senang sikit kerja.

Apa-apa pon, jangan lupa penuhkan SNBJ kita 28 hb ni!

plagiat dari sokerleaks

_________________
"It is in the quiet crucible of your personal private sufferings that your noblest dreams are born and God's greatest gifts are given in compensation for all you've been through." ~Wintley Phipps
Back to top Go down
scarface
SDT The Legend
SDT The Legend

Posts : 605
Mata Ganjaran : 52728
Reputasi : 7
Join date : 2011-05-05

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Tue Jul 19, 2011 3:32 pm

Ayuh kita beramai2 serbu ke Bukit Jalil......wa dpt rasa semangat Super Mokh dah kembali ke dalam team nasional ini...

Game play kita pun dah bukan macam dulu...passing sikit, out jer memanjang...body contact sikit...dah tergolek dog....atau baru main 50 minit...terus pancit siap minta coach kuarkan dia ganti player lain. Wa seronok tgk game play kita stail The Gunners...short passes...one touch football. Mmg berbaloi menjerit dalam stadium woo.

Walaupun kena lauk masa friendly lawan Arsenal...wa tgk Rajagobal sebenarnya mencongak kesebelasan utama utk lawan Kota Singa nnti...

Masa lawan Liverpool, dah ada peningkatan dari segi menyerap asakan lawan sambil mengatur serangan balas tanpa rasa panik. Mentaliti sebegini penting dibina agar steady je di Kota Singa nanti.

Apa pun, wa mmg salute angkat topi kpd kesebelasan utama kita dan K. Rajagobal....belum pernah wa rasa begini teruja dgn nasional team...

SYABBAS...

_________________
"Hey! Kalau aku sembelih kau lapan belas, baru kau tahu tentang penyesalan, tau tak?"
Back to top Go down
strawhatcrew
SDT The Legend
SDT The Legend

Posts : 899
Mata Ganjaran : 2890
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-19
Location : in your room

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Tue Jul 19, 2011 3:48 pm

wa pon sama jgak.. jom kita wat Ultra Sangap kat stadium bukit jalil wakakakakak

_________________
Back to top Go down
http://www.justusboys.com/forum/
terry
SDT Otai
SDT Otai

Posts : 178
Mata Ganjaran : 2730
Reputasi : 0
Join date : 2011-05-06
Location : kl

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Tue Jul 19, 2011 4:08 pm

wa antara orang yang bertuah dapat pergi ke game melawan singapura nieh
kredit to ssfc yang mengendalikan trip nanti,6 bas akan begerak ke singapura
jumaat jam 12 mlm

game arsenal tueh wa memang ade panas sket memang betul ade fan2 yang memboo pasukan malaysia
rase nak sepak je " peminat2 dari england tueh" wa pon sokong arsenal gak.takde la sampai camtueh skali.majoriti yang pegi game tueh bole gua katekan tak penah pegi stadium tgk game malaysia

bak kate ah beng" wa baju saje arsenal hati malaysia maaaa"

ptuihhh!! lancau lu orang nak pegi berperang lu boleh pakai baju musuh pulak.

_________________
"It is in the quiet crucible of your personal private sufferings that your noblest dreams are born and God's greatest gifts are given in compensation for all you've been through." ~Wintley Phipps
Back to top Go down
strawhatcrew
SDT The Legend
SDT The Legend

Posts : 899
Mata Ganjaran : 2890
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-19
Location : in your room

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Tue Jul 19, 2011 4:12 pm

terry wrote:
wa antara orang yang bertuah dapat pergi ke game melawan singapura nieh
kredit to ssfc yang mengendalikan trip nanti,6 bas akan begerak ke singapura
jumaat jam 12 mlm

game arsenal tueh wa memang ade panas sket memang betul ade fan2 yang memboo pasukan malaysia
rase nak sepak je " peminat2 dari england tueh" wa pon sokong arsenal gak.takde la sampai camtueh skali.majoriti yang pegi game tueh bole gua katekan tak penah pegi stadium tgk game malaysia

bak kate ah beng" wa baju saje arsenal hati malaysia maaaa"

ptuihhh!! lancau lu orang nak pegi berperang lu boleh pakai baju musuh pulak.

btol tu bro.. wa cukup bengang bila ada dgr berita fans london celup boo player kita.. agak2 la kalo fanatik sgt pon.. pastu lagi 1 kalo nak pki jersey apa lantak korang la.. tp bila malaysia kena ayam jgn la kutuk.. bagi la support.. ish3

_________________
Back to top Go down
http://www.justusboys.com/forum/
scarface
SDT The Legend
SDT The Legend

Posts : 605
Mata Ganjaran : 52728
Reputasi : 7
Join date : 2011-05-05

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Tue Jul 19, 2011 4:22 pm

hahaha...

Rata2 yg dtg stadium pakai jersi The Gunners kedian boo Harimau Malaya nie budak2 yg baru nak naik tu...

Setakat nak sokong Arsenal, wa mmg dah lama bro. Sejak era 1990an lg. Wa tahu stendet game play Arsene Wenger...dah mmg sah la Harimau Malaya susah nak makan diorang. Cuma yg baiknya Wenger nie tak lokek ilmu kejurulatihan utk dikongsi dgn Rajagobal. Sbb itulah Wenger digelar The Proffesor.

Budak2 yg boo Harimau Malaya nie masih mentah lagi. Biaq pi kat depa. Baru nak kenal game bola tu yg riuh sekampung tu. Hahaha...

_________________
"Hey! Kalau aku sembelih kau lapan belas, baru kau tahu tentang penyesalan, tau tak?"
Back to top Go down
Sponsored content

PostSubject: Re: Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura   Today at 10:53 pm

Back to top Go down
 
Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 8Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next
 Similar topics
-
» Bertambahnya Muallaf Di Dunia Barat
» General Explanations of the Administration’s Revenue Proposals 2014 (Greenbook)
» The Blood Red Moons Of 2014 And 2015: An Omen Of War For Israel?
» John Tng's- Blood Moons of 2014 & 2015- Anti Christ Connection
» So... When Will The World End? Apple’s A.I. Siri Predicts “Gates Of Hell” To Open July 27, 2014

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: