MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Ashraf tetap mahu terus perjuangan

Go down 
+4
cerminmata
lazywann81
sparkcastelo
z3ronim
8 posters
AuthorMessage
Guest
Guest




Ashraf tetap mahu terus perjuangan Empty
PostSubject: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Ashraf tetap mahu terus perjuangan EmptyWed Jul 20, 2011 4:20 am

KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal
menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana
selepas ditolak Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan
dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah
semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.
Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu,
dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata,
jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai
kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial
Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah
perundangan tiada lagi. Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah
ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dalam satu pertemuan
di sini, semalam sambil ditemani ibu bapanya.

Mohd Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada
25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan
untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan
sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Menceritakan punca permohonannya ditolak, beliau mengakui tidak
mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan,
malah ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran
kes itu sudah sampai penghujungnya.

Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, ibu Mohd Ashraf yang mahu
dikenali sebagai Mak Yah, 50, berkata masyarakat mudah melemparkan
cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka.
Mak Yah dari Kampung Telaga Daing di sini, berkata sejak kes anaknya
dilaporkan media, beliau dan suami, Abdul Aziz, 60, mendapat kritikan
dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak
bertanggungjawab.

“Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan
menyokong keputusan Mohd Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,”
katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.

Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Mohd Ashraf dikesan sejak
bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu
membuat pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand pada 2009.

“Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Makkah. Dia tidak
pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang
dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum itu.


“Disebabkan marah dan sedih dengan perbuatannya itu, kami menghalaunya
dari rumah dan membakar semua baju perempuan, tetapi kami tahu dia yang
bertukar menjadi perempuan selalu pulang ke rumah dan hanya tidur dalam
kereta,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas anggota tentera berkata,
beliau selalu menekankan aspek disiplin kepada anaknya, tetapi buntu
mencari jawapan masalah dihadapi Mohd Ashraf.

“Akhirnya, kami sekeluarga menerima hakikat dialami Mohd Ashraf dan
tidak lagi hidup dalam penafian, tetapi kami disisihkan masyarakat.

“Mungkin masalah itu tidak serumit sekarang jika dari awal kami mendapatkan pandangan pakar berhubung keadaan Mohd Ashraf.

“Jika cara didikan dikatakan punca dia begini, kenapa dua anak angkat kami dan dua adik kandungnya tidak sedemikian,” katanya.

(sumber BERITA HARIAN ONLINE)
Back to top Go down
z3ronim
SDT The Legend
SDT The Legend
z3ronim


Posts : 225
Mata Ganjaran : 4903
Reputasi : 4
Join date : 2011-07-01
Age : 38

Ashraf tetap mahu terus perjuangan Empty
PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Ashraf tetap mahu terus perjuangan EmptySat Jul 23, 2011 10:38 pm

ape la nak jadi ngan dunia skang...adoii teruk2~
Back to top Go down
sparkcastelo
SDT The Legend
SDT The Legend
sparkcastelo


Posts : 280
Mata Ganjaran : 5481
Reputasi : 1
Join date : 2011-06-08
Location : utara mai...

Ashraf tetap mahu terus perjuangan Empty
PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Ashraf tetap mahu terus perjuangan EmptyTue Jul 26, 2011 7:26 am

bende nie mmg serius... dunia2... pd aku, nie slh satu kes yg di pohon & di umum'n pd umum, yg x diumum ntah la byk mn lg... ADUYAI.... Arrow
Back to top Go down
lazywann81
SDT Newbies
SDT Newbies



Posts : 17
Mata Ganjaran : 4761
Reputasi : 0
Join date : 2011-04-26

Ashraf tetap mahu terus perjuangan Empty
PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Ashraf tetap mahu terus perjuangan EmptyTue Jul 26, 2011 4:49 pm

yg aku xpaham, kenaper blh jd camtue...
kita kalu blh nk zuriat, tp bila dah operate camnie, camaner nk ader zuriat...
tgu masa ja la nk kena seksaan ...huhuh
harap mamat nie bertaubat...
Back to top Go down
Guest
Guest




Ashraf tetap mahu terus perjuangan Empty
PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Ashraf tetap mahu terus perjuangan EmptyWed Aug 03, 2011 10:49 am

perkara begini dikira sudah begitu serious, dah banyak sgt terjadi. Terang2 untuk
menyerupai perempuan itu tidak boleh. Tambah lagi mengubah kejadian yg
telah ditentukan Allah s.w.t. Malu di dunia ok lagi, tapi dimurkai
Allah..tak perlu diambil berat ke. Sikit sebanyak, ini adalah kesalahan
keluarganya juga. Jadi..jgnlah perasaan kesian dicampur aduk kan dgn
ugama. bahaya betul skrg ni..
Back to top Go down
cerminmata
SDT The Legend
SDT The Legend
cerminmata


Posts : 749
Mata Ganjaran : 5539
Reputasi : 22
Join date : 2011-06-27
Location : KL-Selangor-Putrajaya

Ashraf tetap mahu terus perjuangan Empty
PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Ashraf tetap mahu terus perjuangan EmptyWed Aug 03, 2011 11:19 am

woit...dah la tu...jadikan pengajaran buat semua...
dia kan dah meninggal 3 hari lepas...
kita sedekah kan al-fatihah jer la....
Back to top Go down
alan0rc
SDT The Legend
SDT The Legend
alan0rc


Posts : 485
Mata Ganjaran : 5694
Reputasi : 1
Join date : 2011-06-29

Ashraf tetap mahu terus perjuangan Empty
PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Ashraf tetap mahu terus perjuangan EmptyThu Aug 04, 2011 1:18 am

betol tuh, al fatihah
Back to top Go down
shaguar50
SDT The Legend
SDT The Legend
shaguar50


Posts : 393
Mata Ganjaran : 105604
Reputasi : 4
Join date : 2011-05-11
Location : USJ

Ashraf tetap mahu terus perjuangan Empty
PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Ashraf tetap mahu terus perjuangan EmptyThu Aug 04, 2011 6:14 am

dah arwah pon orangnye....al fatihah



p/s:teringat aku kat cite 2 Alam tu.....doakan yang terbaik je utk arwah...Amin
Back to top Go down
WM
WebMaster
WebMaster



Posts : 729
Mata Ganjaran : 419796
Reputasi : 31
Join date : 2011-04-26

Ashraf tetap mahu terus perjuangan Empty
PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Ashraf tetap mahu terus perjuangan EmptyThu Aug 04, 2011 6:22 am

shaguar50 wrote:
dah arwah pon orangnye....al fatihah



p/s:teringat aku kat cite 2 Alam tu.....doakan yang terbaik je utk arwah...Amin

a ah..siapalah kita untuk tentukan hukum kat dia tuie..
kita pn xtau apa kesudahan..

Back to top Go down
futurama
SDT The Legend
SDT The Legend
futurama


Posts : 462
Mata Ganjaran : 5702
Reputasi : 5
Join date : 2011-05-04
Location : PJ

Ashraf tetap mahu terus perjuangan Empty
PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Ashraf tetap mahu terus perjuangan EmptyThu Aug 04, 2011 7:41 am

Iktibarnya sebelum terlambat baiklah kita insaf
Back to top Go down
Sponsored content





Ashraf tetap mahu terus perjuangan Empty
PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Ashraf tetap mahu terus perjuangan Empty

Back to top Go down
 
Ashraf tetap mahu terus perjuangan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Saya memang mahu pakai tudung - Erra
» ‘Saya tetap Melayu Islam’
» Nissan GT-R langgar 3 buah kereta tetap teguh berjalan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: