MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Ashraf tetap mahu terus perjuangan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Wed Jul 20, 2011 4:20 am

KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal
menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana
selepas ditolak Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan
dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah
semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.
Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu,
dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata,
jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai
kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial
Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah
perundangan tiada lagi. Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah
ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dalam satu pertemuan
di sini, semalam sambil ditemani ibu bapanya.

Mohd Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada
25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan
untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan
sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Menceritakan punca permohonannya ditolak, beliau mengakui tidak
mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan,
malah ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran
kes itu sudah sampai penghujungnya.

Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, ibu Mohd Ashraf yang mahu
dikenali sebagai Mak Yah, 50, berkata masyarakat mudah melemparkan
cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka.
Mak Yah dari Kampung Telaga Daing di sini, berkata sejak kes anaknya
dilaporkan media, beliau dan suami, Abdul Aziz, 60, mendapat kritikan
dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak
bertanggungjawab.

“Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan
menyokong keputusan Mohd Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,”
katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.

Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Mohd Ashraf dikesan sejak
bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu
membuat pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand pada 2009.

“Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Makkah. Dia tidak
pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang
dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum itu.


“Disebabkan marah dan sedih dengan perbuatannya itu, kami menghalaunya
dari rumah dan membakar semua baju perempuan, tetapi kami tahu dia yang
bertukar menjadi perempuan selalu pulang ke rumah dan hanya tidur dalam
kereta,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas anggota tentera berkata,
beliau selalu menekankan aspek disiplin kepada anaknya, tetapi buntu
mencari jawapan masalah dihadapi Mohd Ashraf.

“Akhirnya, kami sekeluarga menerima hakikat dialami Mohd Ashraf dan
tidak lagi hidup dalam penafian, tetapi kami disisihkan masyarakat.

“Mungkin masalah itu tidak serumit sekarang jika dari awal kami mendapatkan pandangan pakar berhubung keadaan Mohd Ashraf.

“Jika cara didikan dikatakan punca dia begini, kenapa dua anak angkat kami dan dua adik kandungnya tidak sedemikian,” katanya.

(sumber BERITA HARIAN ONLINE)
Back to top Go down
z3ronim
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 225
Mata Ganjaran : 2215
Reputasi : 4
Join date : 2011-07-01
Age : 30

PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Sat Jul 23, 2011 10:38 pm

ape la nak jadi ngan dunia skang...adoii teruk2~

_________________
Back to top Go down
sparkcastelo
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 280
Mata Ganjaran : 2793
Reputasi : 1
Join date : 2011-06-08
Location : utara mai...

PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Tue Jul 26, 2011 7:26 am

bende nie mmg serius... dunia2... pd aku, nie slh satu kes yg di pohon & di umum'n pd umum, yg x diumum ntah la byk mn lg... ADUYAI.... Arrow

_________________
lol!
Back to top Go down
lazywann81
SDT Newbies
SDT Newbies


Posts : 17
Mata Ganjaran : 2073
Reputasi : 0
Join date : 2011-04-26

PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Tue Jul 26, 2011 4:49 pm

yg aku xpaham, kenaper blh jd camtue...
kita kalu blh nk zuriat, tp bila dah operate camnie, camaner nk ader zuriat...
tgu masa ja la nk kena seksaan ...huhuh
harap mamat nie bertaubat...
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Wed Aug 03, 2011 10:49 am

perkara begini dikira sudah begitu serious, dah banyak sgt terjadi. Terang2 untuk
menyerupai perempuan itu tidak boleh. Tambah lagi mengubah kejadian yg
telah ditentukan Allah s.w.t. Malu di dunia ok lagi, tapi dimurkai
Allah..tak perlu diambil berat ke. Sikit sebanyak, ini adalah kesalahan
keluarganya juga. Jadi..jgnlah perasaan kesian dicampur aduk kan dgn
ugama. bahaya betul skrg ni..
Back to top Go down
cerminmata
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 749
Mata Ganjaran : 2851
Reputasi : 22
Join date : 2011-06-27
Location : KL-Selangor-Putrajaya

PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Wed Aug 03, 2011 11:19 am

woit...dah la tu...jadikan pengajaran buat semua...
dia kan dah meninggal 3 hari lepas...
kita sedekah kan al-fatihah jer la....

_________________
Pompuan suka lelaki jahat. Cinta dan Seks..

"Buat lelaki baik, janganlah kau harapkan cinta kerana tak akan ada cinta untuk kamu. Cinta itu hanya teori dan seks adalah praktikalnya.."
Back to top Go down
alan0rc
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 485
Mata Ganjaran : 3006
Reputasi : 1
Join date : 2011-06-29

PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Thu Aug 04, 2011 1:18 am

betol tuh, al fatihah

_________________
Masih Mentah lagi nih,
harap bro2/otai2 semua tunjuk ajar
ilmu masih cetek, hehehe Razz
Back to top Go down
shaguar50
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 393
Mata Ganjaran : 102916
Reputasi : 4
Join date : 2011-05-11
Location : USJ

PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Thu Aug 04, 2011 6:14 am

dah arwah pon orangnye....al fatihah



p/s:teringat aku kat cite 2 Alam tu.....doakan yang terbaik je utk arwah...Amin

_________________
Back to top Go down
WM
WebMaster
WebMaster


Posts : 729
Mata Ganjaran : 417108
Reputasi : 31
Join date : 2011-04-26

PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Thu Aug 04, 2011 6:22 am

shaguar50 wrote:
dah arwah pon orangnye....al fatihah



p/s:teringat aku kat cite 2 Alam tu.....doakan yang terbaik je utk arwah...Amin

a ah..siapalah kita untuk tentukan hukum kat dia tuie..
kita pn xtau apa kesudahan..


_________________




AMARAN!!! Pastikan nickname/username tidak lucah serta signature tidak mempunyai unsur2 sex serta avatar juga tidak menggunakan gambar2 yang menjolok mata.
Back to top Go down
futurama
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 462
Mata Ganjaran : 3014
Reputasi : 5
Join date : 2011-05-04
Location : PJ

PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Thu Aug 04, 2011 7:41 am

Iktibarnya sebelum terlambat baiklah kita insaf
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Ashraf tetap mahu terus perjuangan   Today at 8:20 pm

Back to top Go down
 
Ashraf tetap mahu terus perjuangan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» peran umat islam dalam sejarah perjuangan kemerdekaan indonesia
» Talks underway on closing Iran exile camp in Iraq
» U.N. complains to Iraq over attack on dissident camp UNITED NATIONS | Thu Dec 29, 2011 5:11pm EST
» Ashraf residents have given up their fixed, but Iraq is hampering all peaceful solution
» Security representative calling on the government not to "obey" the "MEK" and compensated $ 500 million

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: