MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

  Terlanjur di rumah

Go down 
4 posters
AuthorMessage
Guest
Guest




  Terlanjur di rumah Empty
PostSubject: Terlanjur di rumah     Terlanjur di rumah EmptyWed Jul 20, 2011 4:21 am

KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah
untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar
diberi berakhir di bilik tidur.

Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan
rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke
tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.

Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13
tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat
siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.

Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil
kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak
memberi didikan agama, malah bersikap tegas.


Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.



KES 1 - ADILAH, 13:

“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama
saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan
terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi)
berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia
pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa
saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik.
Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu.
Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku
terlalu pantas.
Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami
berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami
boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah
hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya
inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya
akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan
sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah
adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan
rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah.
Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12
tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video
lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video
lucah di telefon bimbit rakan.

Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan
ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya
mengandung.

Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat
pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan
menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah
dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan
sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata,
saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah
terlambat.

Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak
sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya
berubah.


KES 2 - RAHMAN, 15:

“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.

Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan
bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor
(rempit).

Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor
semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita
(Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami
bercinta.

Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya
beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama.
Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.

Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka
lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain
seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.

Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.

Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah
ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya
bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima
beradik.

Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti,
senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).

Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya
cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak
tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.

Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.

Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah
yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap
ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu.
Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara
kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk
mencuba sesuatu yang baru.

Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).

Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.

Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.

Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi
abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering
bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana
abangnya sentiasa ada.

Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.

Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab
itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang
dengan alasan hendak belajar bersama.

Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.

Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.

Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan
kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.

Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.

Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan.”


sumber
Back to top Go down
shaguar50
SDT The Legend
SDT The Legend
shaguar50


Posts : 393
Mata Ganjaran : 105573
Reputasi : 4
Join date : 2011-05-11
Location : USJ

  Terlanjur di rumah Empty
PostSubject: Re: Terlanjur di rumah     Terlanjur di rumah EmptyWed Jul 20, 2011 7:50 am

jangan terjadi ke waris2 kita sudah le
Back to top Go down
keropokpisang
SDT Newbies
SDT Newbies



Posts : 35
Mata Ganjaran : 4622
Reputasi : 1
Join date : 2011-08-27

  Terlanjur di rumah Empty
PostSubject: Re: Terlanjur di rumah     Terlanjur di rumah EmptySat Aug 27, 2011 9:57 pm

wow.. so young ... dah biasa2 adoiyai
Back to top Go down
Guest
Guest




  Terlanjur di rumah Empty
PostSubject: Re: Terlanjur di rumah     Terlanjur di rumah EmptyFri Sep 02, 2011 7:16 am

kat rumah pun boleh berlaku... kat luar aper tah lagi...
Back to top Go down
Guest
Guest




  Terlanjur di rumah Empty
PostSubject: Re: Terlanjur di rumah     Terlanjur di rumah EmptyFri Sep 02, 2011 7:18 am

bawah umo tu.. kene 20 sebatan ..... mak bapak buat report... suka atau rela.. tetap charge rogol maaa....
Back to top Go down
spideyman
SDT The Legend
SDT The Legend
spideyman


Posts : 1842
Mata Ganjaran : 56652
Reputasi : 27
Join date : 2011-05-10
Location : KL

  Terlanjur di rumah Empty
PostSubject: Re: Terlanjur di rumah     Terlanjur di rumah EmptyFri Sep 02, 2011 7:45 pm

hhhmmm...mintak simpang la dr berlaku pada anak2 kita...tp tu la..kadang2 kita awasi segala tingkah laku anak2 di rumah...tp kat luar...siapa yg nak pantau? masa gua muda2 zaman 90-an dulu...jahat la gak...tp x de la sampai melampaui batas...beginilah bila dunia dah moden...
Back to top Go down
arepai
SDT Junior
SDT Junior
arepai


Posts : 55
Mata Ganjaran : 4622
Reputasi : 1
Join date : 2011-10-13
Age : 38
Location : Kajang

  Terlanjur di rumah Empty
PostSubject: Re: Terlanjur di rumah     Terlanjur di rumah EmptyFri Oct 14, 2011 7:31 pm

skang benda2 mcm nie dah berluasa kat luar tu, nak anak pun x guna klu mak n ayah x didik anak ngan baik, sori klu bahasa aku kasar yee, cuma aku tgk online news paper banyak gejala buang anak..sian plak tgk, baik kasi aku jga lg bagus
Back to top Go down
Sponsored content





  Terlanjur di rumah Empty
PostSubject: Re: Terlanjur di rumah     Terlanjur di rumah Empty

Back to top Go down
 
Terlanjur di rumah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Super Kool: Rumah menggunakan kontena
» Tuah Nombor Rumah Wan Kamarudin Wan Ibrahim

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: