MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Ibu Ditangkap Kerana Jual Anak

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Ibu Ditangkap Kerana Jual Anak Empty
PostSubject: Ibu Ditangkap Kerana Jual Anak   Ibu Ditangkap Kerana Jual Anak EmptyWed Jul 20, 2011 4:24 am

VANCOUVER, Amerika Syarikat - Seorang wanita tidak berumah
dituduh cuba menjual anak lelakinya yang berusia tiga hari di restoran
Hazel Dell Taco Bell di sini pada harga di antara AS$500 (RM1,507)
hingga AS$5,000 (RM15,074), lapor beberapa buah akhbar semalam.
Ibu itu, Heidi L. Knowles berumur 36 tahun bertindak menjual anaknya itu pada Khamis lalu.
Menurut dokumen mahkamah, seorang wanita menghubungi talian kecemasan
911 bagi membuat laporan bahawa Heidi membuat tawaran untuk menjual
anaknya itu kepadanya.
Ibu itu kemudian ditangkap polis dan dihadapkan ke mahkamah kelmarin.
Hakim mahkamah menetapkan wang ikat jamin sebanyak AS$50,000
(RM150,749) selepas mendapati dia mempunyai rekod jenayah termasuk
keganasan rumah tangga dan dadah.
Ibu itu yang merupakan seorang janda dan kini ditahan di sebuah penjara akan dibicarakan pada 29 Julai depan.
Menurut dokumen mahkamah, Heidi yang menganggur memberitahu polis dia
menginap di Motel Kay's di Vancouver, Washington dengan anaknya itu buat
sementara waktu sehingga menemui tempat tinggal yang sesuai.
Dia menyara kehidupan dengan wang bantuan kebajikan sebanyak AS$540
(RM1,628) sebulan dan penerima program bantuan makanan kebajikan.
Ibu itu memberitahu polis, dia berpindah dari Florida ke Vancouver, Washington tiga bulan lalu.
Jika sabit kesalahan, dia akan dipenjarakan sehingga lima tahun. - Agensi

SUMBER: KOSMO

(Tergamak jual anak sendiri...dunia dunia ish3)
Back to top Go down
 
Ibu Ditangkap Kerana Jual Anak
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 9 Waktu Mustajab Nasihatkan Anak-anak
» Remaja ketua penggodam ditangkap
» Airmata Zizan Tumpah Kerana Juliana Evans?
» Kerana Gagal Pikat Wanita: Saman syarikat AXE
» Pel Sek Jual body dpt RM30k sbln

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: