MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 5 kesilapan kewangan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Jeng La
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 795
Mata Ganjaran : 153125
Reputasi : 6
Join date : 2011-05-07

PostSubject: 5 kesilapan kewangan   Mon Aug 22, 2011 12:45 pm



Hampir semua orang pernah melakukan kesilapan berhubung isu wang. Ketahuilah beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa ketika mendidik anak tentang kewangan dan cara membetulkannya. Berikut adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan ibu bapa.

1. Menjadi mesin pengeluar wang versi manusia

Menguruskan segala urusan jual beli anak membuatkan anda kelihatan seperti menjadi mesin pengeluar wang versi manusia. Sepatutnya, berikan anak elaun dan ingatkan mereka untuk membuat pembayaran bagi apa-apa yang ingin mereka miliki. Sama ada untuk membeli buku dari kedai atau mendapatkan barangan permainan kegemaran, anak seharusnya bijak membuat pembayaran sendiri. Tindakan itu boleh mengurangkan mereka daripada merungut sekali gus membolehkan mereka mengasah kemahiran mengira atau matematik. Menerusi cara itu juga, anak-anak boleh belajar daripada kesilapan mereka. Dengan membuat pembayaran sendiri, anak-anak akan lebih menghargai barangan yang diperoleh atau dibeli.

2. Terlepas pandang pengajaran harian

Jangan lepaskan peluang untuk berbincang dengan anak tentang isu-isu berkenaan ekonomi yang ringkas dalam persekitaran berbeza setiap hari. Sewaktu membeli-belah, ibu bapa boleh menerangkan mengapa tindakan memilih bungkusan produk berkos lebih rendah lebih baik. Terangkan juga mengapa menambah stok barangan dapur ketika musim jualan murah merupakan satu tindakan yang baik. Berikan penjelasan kepada anak bahawa dengan menjimatkan RM10 setiap minggu, jumlah yang dijimat dalam tempoh sebulan boleh mencecah RM40 atau sekitar RM480 setahun. ANDAINYA terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

3. Tidak melibatkan anak dalam matlamat jangka masa panjang
Pengurusan wang yang kukuh melibatkan dua perkara penting. Pertama, membuat perancangan awal dan kedua, membuat pilihan. Jika anda merancang sebuah percutian, beritahu anak tentang isu bajet yang melibatkan kos tiket penerbangan, hiburan dan penginapan. Andainya terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

4. Terlepas peluang untuk memberi anak motivasi tentang tabiat menabung

Jika ada peluang, tunjukkan kepada anak bagaimana sesuatu pelan kewangan berfungsi dan mengapa sumbangan atau tabungan wang yang sedikit adalah penting dalam jangka masa panjang.

5. Tidak menerangkan bagaimana kad kredit berfungsi

Seorang pelajar firma pinjaman wang, Nellie Mae pernah menganggarkan, purata hutang yang ditanggung oleh seseorang pelajar universiti ialah sekitar RM5,000. Jumlah tersebut berkemungkinan besar berganda apabila mereka tamat pengajian di menara gading. Dari situlah bermulanya satu masalah sebenar. Anak remaja yang gagal memahami atau menguruskan hutang kad kredit seawal usia 18 tahun, lebih cenderung berdepan dengan masalah besar di kemudian hari. Benarkan anak berlatih menggunakan kad pra-bayar atau kad debit terlebih dahulu. Kad-kad seperti itu menawarkan kemudahan bagi menetapkan had tunai mingguan yang terhad. Ibu bapa juga boleh mendapatkan status penggunaan wang itu menerusi e-mel dan menentukan sama ada perlu atau tidak perbincangan lanjutan untuk mendidik anak agar mereka lebih berhemah ketika berbelanja.
Back to top Go down
http://www.mysdt.tk
asham77
SDT Junior
SDT Junior


Posts : 48
Mata Ganjaran : 2037
Reputasi : 1
Join date : 2011-06-25

PostSubject: Re: 5 kesilapan kewangan   Tue Aug 23, 2011 3:09 am

Aku kerap tersilap ketikan melakukan transaksi kad kredit. Sering merasakan duit byk wwalaupun x de duit sebenornya...uwaaaaaaaaaaaaaaa
Back to top Go down
ViperNinja
SDT Otai
SDT Otai


Posts : 162
Mata Ganjaran : 2671
Reputasi : 1
Join date : 2011-06-14
Age : 36
Location : Ampang~Cheras~Seremban~Utara

PostSubject: Re: 5 kesilapan kewangan   Tue Aug 23, 2011 6:54 am

huhuhu tiap2 bln bila dpt jek bill kad kredit mesti aku merungut pesal byk sgt..bila diamati btl dlm bil asyik banyak mencarum kt spa2 plk...aduss...tu la akibat bila masuk spa guna kad kredit...dpt bill mula la cuba carik kesalahan pihak bank kot2 salah dia..rupa2nya salah sndiri..

_________________
Quote :
Biar Pengalaman Yang menceritakan Segalanya....




var bdv_ref_pid=415217;var bdv_ref_type='i';var bdv_ref_option='p';var bdv_ref_eb='0';var bdv_ref_gif_id='ref_120x60_green_pbl';var bdv_ref_width=120;var bdv_ref_height=60;

make money
Back to top Go down
asham77
SDT Junior
SDT Junior


Posts : 48
Mata Ganjaran : 2037
Reputasi : 1
Join date : 2011-06-25

PostSubject: Re: 5 kesilapan kewangan   Tue Aug 23, 2011 10:18 am

aku punya kad kedit bil sampai ofis. Kalau sampai rumah,mampus bos besau tahu...
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: 5 kesilapan kewangan   Sun Sep 25, 2011 3:59 am

Kad plastik mmg berhantu. Dulu aku ada dekat 10 kad tapi laa nih tinggal 5 . Mmg gila hutang dekat 20k. Hadoiiii
Back to top Go down
zaraguss
SDT Otai
SDT Otai


Posts : 182
Mata Ganjaran : 2095
Reputasi : 4
Join date : 2011-09-18
Location : Sadao Border

PostSubject: Re: 5 kesilapan kewangan   Tue Sep 27, 2011 10:28 am

hahaha...dh nm kad utang.kena la wat utang bnyk2. untk slmt, jgn gn kad kedit di sp coz nnt syok x ingt.huhuhu... prefer cash k.

_________________


LETS ROCKKK !!! YEEEHAAA... Twisted Evil Evil or Very Mad bounce
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: 5 kesilapan kewangan   Today at 8:56 am

Back to top Go down
 
5 kesilapan kewangan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: