MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 melacur masa darurat..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
otokjem
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 2231
Mata Ganjaran : 265590
Reputasi : 26
Join date : 2011-04-30
Location : sri gombak

PostSubject: melacur masa darurat..   Fri Aug 26, 2011 6:04 am

Re: Bab darurat



Assalamualaikum,

Bila bincang bab darurat, jangan bincang dari sudut kaca mata orang
yang duduk di pejabat berhawa dingin dan memiliki gaji tetap setiap
penghujung bulan.

Perlu dibincang dari kaca mata orang yang hadapi darurat itu sendiri.

Memang, definisi darurat ialah suasana yang mengancam keselamatan jiwa
dan/atau anggota.

Akan tetapi individu yang lain memiliki ukuran darurat yang saling
berlainan.

Orang yang hidup di padang pasir boleh merasa tenang sekalipun
berjam-jam tanpa air dan makanan. Akan tetapi orang dari bandar kalau
tersesat di padang pasir, pasti sejam dua dah masuk kategori darurat.

Demikianlah seterusnya.

Melacur kerana darurat? Pasti ia sukar diterima oleh kita yang tidak
mengalaminya. Tetapi di luar sana tetap ana insan yang tidak ada dan
tidak tahu pilihan lain kecuali menjual badannya demi menjaga
anak-anaknya sendiri. Seandainya ada pilihan lain, pasti mereka
menjadi orang yang pertama untuk mengambilnya.

Berapa banyak anak yang terpaksa buat kerja haram demi menyara
ibubapanya? Berapa banyak abang/kakak sulung yang terpaksa buat kerja
haram demi menyara adik beradiknya? Berapa banyak individu yang buat
kerja haram kerana ingin menyara pendidikannya sendiri? Berapa banyak
ibubapa yang buat kerja haram kerana terpaksa membayar kos perubatan
anaknya?

Dakwaan banyak pilihan lain sebagai sumber kewangan adalah benar, akan
tetapi hanya benar sekadar menaip di keyboard, tidak pada realitinya.

wassalam.


--- In alFikrah@yahoogroups.com, "ibnulqayyim" wrote:
> --- In islah-net@yahoogroups.com, Rozmal bin Malakan
> wrote:
> Assalamualaikum wrt wbt,
>
> Terima kasih kepada jawapan Pegawai Istinbat, Jabatan
> Mufti Negeri Perak yang terdapat dalam ruangan Forum
> Utusan Malaysia Selasa 28 Jun 2005 kerana telah
> menjelaskan kekeliruan mengenai hukum pelacuran yang
> terdapat dalam ruangan soal jawab agama bersama Dr
> Mashitah di Harian Metro Ahad 19 Jun 2005.
>
>
> Tiada alasan boleh melacur kerana darurat
>
> Saudara Pengarang,
> MERUJUK kepada surat Saudara Rozmal Malakan dari
> Senawang yang meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
> memberikan penjelasan terhadap isu bekerja sebagai
> pelacur atas alasan darurat, saya terpanggil untuk
> memberi pandangan walaupun bukan ahli Jawatankuasa
> Fatwa Kebangsaan.
>
> Beberapa ulama memberikan ulasan mengenai takrif
> darurat berdasarkan maksud dalam ayat 3, surah al
> Maidah:
>
> Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang
> yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar
> mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan
> binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain
> daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati
> dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi,
> dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang
> buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
> nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan
> (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi
> batang-batang anak panah.
>
> Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari
> ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada
> memesongkan kamu) daripada agama kamu (setelah mereka
> melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu
> janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka,
> sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.
> Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama
> kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan
> Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
> Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan
> benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung
> hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya),
> kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
> Mengasihani.
>
> Menurut Imam Abu Bakar Al Jasas, darurat itu adalah
> satu keadaan ditakuti atau dikhuatiri akan berlaku
> kemusnahan ke atas nyawa atau beberapa bahagian
> anggota badan apabila tidak memakan makanan yang haram
> itu.
>
> Al Bazdawi pula mengatakan bahawa darurat itu ialah
> keadaan di mana jika keengganan untuk memakan makanan
> yang haram itu akan menyebabkan kemusnahan nyawa dan
> anggota.
>
> Ulama mazhab As Syafie (as Syafiyyah ) mengatakan skop
> darurat itu bukan sekadar takut kehilangan nyawa jika
> tidak memakan makanan yang haram itu, tetapi ditakuti
> juga akan berlaku kesakitan atau sakitnya bertambah
> teruk atau sakitnya itu akan berpanjangan.
>
> Mereka juga meletakkan kekhuatiran akan ditinggalkan
> oleh rakan seperjalanan dan ketidakmampuan untuk
> mengendalikan kenderaan jika tidak memakan makanan
> yang haram itu mahupun melakukan perkara yang
> terlarang.
>
> Imam Abu Zuhrah pula mendefinisikan darurat pula
> sebagai satu keadaan ditakuti akan kehilangan nyawa
> ataupun kehilangan harta keseluruhannya ataupun
> masahat dharurinya (agama, nyawa, maruah, akal dan
> harta) terancam jika tidak memakan yang haram atau
> tidak melakukan perkara yang terlarang dengan syarat
> tidak menyentuh hak orang lain.
>
> Sesungguhnya syarak telah menetapkan beberapa syarat
> yang membolehkan seseorang itu memakan makanan yang
> diharamkan atau melakukan perkara yang dilarang
> mahupun meninggal atau menangguh perkara yang
> diwajibkan ke atasnya.
>
> Berikut adalah beberapa syarat yang telah ditetapkan
> oleh Islam dalam meletakkan sempadan daerah darurat
> itu sendiri. Jika menepati kriteria ini barulah
> terpakai kaedah syarak seperti darurat mengharuskan
> perkara yang dilarang:
>
> * Darurat itu memang benar-benar berlaku bukan lagi
> hanya sangkaan semata-mata ke atas kemusnahan nyawa
> ataupun harta benda. Kalau pun kekhuatiran itu
> didasarkan andaian, andaian itu hendaklah andaian yang
> kuat seperti telah melalui proses pengalaman dan
> pemerhatian.
>
> * Orang yang berada dalam keadaan darurat itu tidak
> ada jalan lain yang dibenarkan oleh syarak untuk
> mengelakkan kemudaratan itu. Contohnya seseorang yang
> amat perlu untuk meminjam wang maka ia mesti memilih
> pinjaman tanpa riba kerana zaman ini sudah ada
> alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak
> menggunakan sistem riba.
>
> * Orang yang dalam keadaan darurat (terpaksa) itu
> mestilah berusaha jangan memilih perkara yang
> terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi Syariat
> Islamiah dan usul akidah Islamiah seperti tidak
> halalnya ia memilih untuk berzina, membunuh, memilih
> kufur dan mengambil hak orang lain kerana
> perkara-perkara berkenaan pada hakikatnya adalah
> mafsadah (kerosakan).
>
> Ini bererti jika dalam melepaskan keadaan terpaksa itu
> tiada jalan yang halal, cuma yang ada beberapa jalan
> yang haram, maka ia mesti memilih mudarat yang lebih
> ringan dan tidak terang-terang melanggar
> perkara-perkara asasi dalam Islam.
>
> * Ketika melepaskan keadaan daruratnya seseorang itu
> mestilah sekadar melakukannya kadar yang perlu sahaja,
> bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang
> berkenaan berdasarkan kaedah keadaan darurat diukur
> dengan tingkatannya
>
> * Dalam isu terpaksa memakan ubat dari produk haram
> untuk menjaga kepentingan nyawa, syarat tambahan yang
> perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan
> hendaklah disyorkan oleh doktor yang dipercayai
> pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran
> di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk
> diambil.
>
> * Dalam pemerintahan negara, pemimpin perlu memastikan
> kepentingan awam dan negara didahulukan walaupun
> kadang-kadang terpaksa mengambil jalan yang terlarang
> apabila jalan yang halal tiada atau kurang berkesan
> dalam menjaga kepentingan negaranya seperti pandangan
> beberapa orang ulama yang berpandangan harus membayar
> hutang negara kepada badan-badan dunia atau
> negara-negara kuasa besar bersama dengan faedah
> pinjaman walaupun pada asasnya riba itu haram kerana
> menjaga kepentingan negara daripada terjual atau
> tergadai kepada kuasa asing.
>
> Daripada sedikit ulasan di atas, alasan melakukan
> perkara yang diharamkan kerana darurat tidak semudah
> seperti ia diungkapkan kerana pada hakikatnya ia masih
> terikat dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan
> oleh syarak.
>
> Fenomena yang berlaku di masyarakat kita ialah ramai
> di kalangan umat Islam menggunakan alasan darurat
> dengan melakukan perkara yang haram dalam perkara
> peminjaman secara riba sedangkan peminjam berkenaan
> bukannya dalam perkara `daruriyyat' tetapi hanya dalam
> perkara `tahsiniyyat' sahaja.
>
> Saya berpandangan alasan melacur kerana darurat tidak
> dapat diterima sama sekali oleh syarak mahupun akal
> dan adat masyarakat kerana masih banyak lagi jalan
> lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan
> masalahnya lebih-lebih lagi disokong dengan statistik
> peluang pekerjaan yang banyak dikaut oleh pekerja
> asing di negara ini, di samping masih terdapat
> badan-badan kebajikan kerajaan mahupun swasta dan
> masih ramai warga negara ini yang berjiwa mulia
> bersikap suka menolong orang yang dalam kesusahan. -
> ZAMRI HASHIM, Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Negeri
> Perak.
>

_________________
###############################################################
just because i'm flirt, doesn't mean i like u... stupid..

cheers cheers cheers
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: melacur masa darurat..   Fri Sep 23, 2011 7:49 pm

betul tu... apa pun bebalik pada hukum ...
Back to top Go down
Jeng La
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 795
Mata Ganjaran : 153126
Reputasi : 6
Join date : 2011-05-07

PostSubject: Re: melacur masa darurat..   Fri Sep 23, 2011 7:52 pm

sbnrnye tu bukan darurat... tu nak cari duit byk dgn cepat..
Back to top Go down
http://www.mysdt.tk
zaraguss
SDT Otai
SDT Otai


Posts : 182
Mata Ganjaran : 2096
Reputasi : 4
Join date : 2011-09-18
Location : Sadao Border

PostSubject: Re: melacur masa darurat..   Tue Sep 27, 2011 10:36 am

jengla wrote:
sbnrnye tu bukan darurat... tu nak cari duit byk dgn cepat..

yup...jalan pintas mencari nafkah bila ada rupa (pakej).

_________________


LETS ROCKKK !!! YEEEHAAA... Twisted Evil Evil or Very Mad bounce
Back to top Go down
noob
SDT Otai
SDT Otai


Posts : 135
Mata Ganjaran : 2178
Reputasi : 2
Join date : 2011-05-11
Location : Bukit Jalil

PostSubject: Re: melacur masa darurat..   Sun Oct 16, 2011 5:08 pm

kepuasan zahir batin sekali jalan..bayaran duit dapat..bayaran nafsu dapat..keke..
Back to top Go down
Pisang_Emas
SDT Otai
SDT Otai


Posts : 179
Mata Ganjaran : 2796
Reputasi : 4
Join date : 2011-06-16
Age : 66
Location : Cheras

PostSubject: Re: melacur masa darurat..   Tue Mar 27, 2012 3:58 am

Pak Seman wrote:
sbnrnye tu bukan darurat... tu nak cari duit byk dgn cepat..

Errr..

Bolehkah saya melacur dgn pisang emas saya macam tuh di masa darurat??..
Back to top Go down
nong lek
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 1373
Mata Ganjaran : 103489
Reputasi : 17
Join date : 2011-05-09
Location : dekat Siam

PostSubject: Re: melacur masa darurat..   Wed Apr 04, 2012 2:35 am

ha3..darurat taik minyak apa???..x mengancam nyawa & keselamtn pun..ag pun msih ada alternatif lain.. klu nk brtindak tu guna la akai..jgn guna nafsu & emosi..klu guna jugak jawabnya 'bodo piang' la..

~~~~~~~~~~~~~~~
mau sonok..mai danok..
Back to top Go down
scarface
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 605
Mata Ganjaran : 52731
Reputasi : 7
Join date : 2011-05-05

PostSubject: Re: melacur masa darurat..   Thu Apr 26, 2012 4:43 am

darurat tu dlm keadaan kalau tak buat boleh mati.

Sebagai contoh, tersesat dalam hutan, lapar sgt dah...kalau tak makan, akan mati. Masa nie dibolehkan makan makanan yg haram sekalipun spt babi (jika tidak dpt menemui bahan makanan yg halal selepas berusaha sehabis mungkin).

Juga dalam situasi perompak letak pisau kat leher kita, pastu dia suruh kita minum arak kalau tak nak mati...masa nie dibenarkan kita minum arak itu utk elak dibunuh...

begitulah keadaan darurat...

_________________
"Hey! Kalau aku sembelih kau lapan belas, baru kau tahu tentang penyesalan, tau tak?"
Back to top Go down
nong lek
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 1373
Mata Ganjaran : 103489
Reputasi : 17
Join date : 2011-05-09
Location : dekat Siam

PostSubject: Re: melacur masa darurat..   Sat Apr 28, 2012 4:12 pm

btul3..wa stuju..tu baru la kira darurat..berhdpn dgn mati..yg ni plak..darurat ka keparat..nk side income..nk sedap..nk njoy..pastu nk kira darurat..masa jaman darurat dulu pun org x melacur..hi2..alasan2..
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: melacur masa darurat..   Today at 10:14 pm

Back to top Go down
 
melacur masa darurat..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Adhkaar As-Sabaah (Moring duaa) & Adhkaar Al-masaa (Evening duaa) by Sh. R.Mishary El Efasy
» SEJARAH AQIQAH
» peran umat islam dalam sejarah perjuangan kemerdekaan indonesia
» Sejarah Peradaban Islam Fase Mekah dan Madinah
» Snouck Hurgronje, Mata-Mata Belanda di Masa Perang Aceh

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: persoalan agama-
Jump to: