MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
kogure
SDT Newbies
SDT Newbies


Posts : 23
Mata Ganjaran : 1943
Reputasi : 1
Join date : 2011-09-10
Age : 39

PostSubject: Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!   Mon Oct 10, 2011 4:31 pm

KUALA LUMPUR – Orang ramai dan pengguna di negara ini perlu bersedia
dengan kemungkinan berlaku peningkatan harga barangan harian secara
mendadak dalam masa terdekat.

Ini berikutan pembentangan Bajet 2012 yang antaranya melibatkan kenaikan
gaji, imbuhan serta bonus tambahan kepada kakitangan awam di seluruh
negara, pada 7 Oktober lalu dijangka akan mendorong peniaga tamak
mengambil kesempatan menaikan harga barangan.

Bagi menghadapi kemungkinan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil langkah mewujudkan
Jawatankuasa Pemantauan Harga bagi mengekang kenaikan harga oleh
sebilangan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, pihaknya baru-baru ini menerima
satu sistem pesanan ringkas (sms) dari KPDNKK yang memaklumkan tentang
rancangan kementerian itu.

“Saya ada menerima sms dari pihak KPDNKK baru-baru ini mengenai
penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Harga itu dan PPIM komited bekerjasama
dengan Jawatankuasa tersebut.

“PPIM juga sudah mewar-warkan kepada semua aktivis-aktivis kami di
seluruh negara agar melipat gandakan pemantauan di tempat masing-masing
dan melaporkan sekiranya ada peniaga yang berani menaikkan harga
sewenang-wenangnya,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari
ini.

Kenaikan harga barangan pengguna adalah satu isu normal setiap kali
kerajaan mengumumkan pemberian bonus atau sebarang bentuk penyelarasan
gaji serta elaun di kalangan kakitangan awam.

Di Pahang umpamanya hari ini dilaporkan, peniaga dikesan menaikkan harga daging ayam sehingga RM10 sekilogram.

Tambah Tunku Azwil, sms tersebut yang dihantar oleh Pengarah Bahagian
Dasar dan Standard Kepenggunaan, Norashiken Ishak meminta semua
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan pengguna untuk
memberikan kerjasama dengan Jawatankuasa yang bakal ditubuhkan itu.

Tunku Azwil memaklumkan bahawa jawatankuasa yang akan dianggotai dari
wakil kementerian terbabit, NGO-NGO dan persatuan-persatuan pengguna itu
dijangka akan melakukan pemantauan harga di semua lokasi-lokasi
strategik yang dikenal pasti sama ada di dalam atau di luar bandar.

Berikut adalah kandungan sms dari KPDNKK yang dihantar kepada NGO-NGO pengguna di seluruh negara:

“Dengan pengumuman Bajet 2012, kenaikan gaji penjawat awam dll dijangka
akan mencetuskan kenaikan harga oleh peniaga yang tidak beretika.

“Sebagai tindakan proaktif, KPDNKK akan menubuhkan taskforce untuk
pemantauan harga dan pada masa yang sama kerjasama bersama NGO pengguna
dan rakan pengguna diperlukan dalam usaha kementerian dalam menangani
isu kenaikan harga dan keuntungan melampau.

“Pihak kami akan berhubung dengan persatuan pengguna dari masa ke semasa bagi maksud ini,”.

Presiden Persatuan Pengguna Air Keroh (PPAK), Safina Sulaiman berkata,
KPDNKK sewajarnya meningkatkan lagi pemantauan harga di seluruh negara
untuk mengekang kenaikan harga barang oleh peniaga-peniaga yang cuba
mengambil kesempatan.

“Memanglah KPDNKK seharusnya mempertingkatkan lagi pemantauan, bukan
sahaja di bandar malah diluar bandar demi mengelakkan kenaikan harga
barangan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab”, katanya kepada kami
melalui sms.
Back to top Go down
nottypirates
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 877
Mata Ganjaran : 3526
Reputasi : 5
Join date : 2011-04-30
Location : Serdang

PostSubject: Re: Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!   Mon Oct 10, 2011 4:42 pm

yg keje gomen, nek gaji...
yg keje swasta..??keje sndr..???
kalo keje kg plak...
kait buah klape ke...
wape sen je diorang dpt ats sbijik buah klape tu..da jd santan..br hrga jd tggi...
nk bli pisang bg upah kt beruk pn kene pikir dulu...
sian beruk..kene keje keras...hehehe

_________________
Karaoke...5 Star...Perempuan...barula SELESA...

cheers pirat cheers

Hepi-Hepi
Back to top Go down
cougar11
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 1025
Mata Ganjaran : 214075
Reputasi : 16
Join date : 2011-05-05
Location : Langit Biru, Darat Hijau.

PostSubject: Re: Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!   Tue Oct 11, 2011 4:52 am

jadi mari lah kite sama2..memangkah pembangkang...seelok2 yer parti pas or pkr...ajar sikit BN ni...makin hari makin teruk...diaorg ni lapar nk balun duit kerajaan...tgok jer lah brp byk kompany yg dipegang oleh khazanah diambil alih oleh kroni...mujur perodua tak bergabung dgn proton..kalau tdak hbs la duit kn sedut...air asia pn bakal mnjadi mngsa...

_________________
SELAGI ADA BAYANG-BAYANG,SELAGI ITU ADANYA CAHAYA.......
.
Back to top Go down
knizam2000
SDT Junior
SDT Junior


Posts : 53
Mata Ganjaran : 1974
Reputasi : 4
Join date : 2011-09-10

PostSubject: Re: Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!   Tue Oct 11, 2011 12:14 pm

barang da start naik walhal gomen staf baru 1.3 juta, rakyat marhain ada lg 28 juta...brg naik dah di war2kan ...skrg bersiap sedia lah dgn jenayah2 yang akan timbul akibat dr desakan hidup...dan x mustahil kita akan mnjd spt negara jiran sblah...
Back to top Go down
strawhatcrew
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 899
Mata Ganjaran : 2892
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-19
Location : in your room

PostSubject: Re: Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!   Tue Oct 11, 2011 2:53 pm

cougar11 wrote:
jadi mari lah kite sama2..memangkah pembangkang...seelok2 yer parti pas or pkr...ajar sikit BN ni...makin hari makin teruk...diaorg ni lapar nk balun duit kerajaan...tgok jer lah brp byk kompany yg dipegang oleh khazanah diambil alih oleh kroni...mujur perodua tak bergabung dgn proton..kalau tdak hbs la duit kn sedut...air asia pn bakal mnjadi mngsa...

aku sokong.. next election dorang kalah teruk la.. apa pon x bleh.. asik2 belanjawan bagi kenyang perot kroni je.. zzzz

_________________
Back to top Go down
http://www.justusboys.com/forum/
Sponsored content




PostSubject: Re: Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!   Today at 8:57 am

Back to top Go down
 
Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Beda Hadits dengan Sunnah
» perjanjian manusia dengan tuhan sebelum dilahirkan
» Islam Kalah dengan Yahudi dan Nasrani!
» Perbedaan Sunni dengan Syiah - 2
» berkenalan dengan muslimah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: