MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 BELANJAWAN 2012

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
amir
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 234
Mata Ganjaran : 2237
Reputasi : 1
Join date : 2011-10-07
Location : in the West Garden

PostSubject: BELANJAWAN 2012   Mon Oct 10, 2011 6:02 pm

[color=red]Tema : Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara

Ringkasannya :


1.Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah,
2.Manfaat keseluruhan RM7,560 untuk pemilik teksi bajet bagi meringankan beban mereka.
3.Insentif untuk warga emas, peneroka Felda, nelayan, wanita dan belia.
4.Golongan penjawat awam - pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus; kenaikan gaji tahunan RM80 hingga RM320 mengikut gred; bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang akan dibayar pada Disember ini.
5.Pelarasan pencen 2% setahun secara automatik mulai 2013 di samping menerima bayaran khas RM500.
6.Pemansuhan yuran tambahan sekolah mulai tahun depan(2012)
7.Pemberian bantuan RM100 kepada semua pelajar daripada tahun satu hingga tingkatan lima
8.Baucar buku RM200 kepada semua pelajar warga Malaysia daripada tingkatan enam hinggalah ke universiti.
9.Subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja RM2.3 bilion dan dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar.
10.Peruntukan berjumlah RM232.8 bilion meliputi RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
11.Kerajaan akan melaksanakan sejumlah projek bagi tahun depan di bawah Pakej Rangsangan Khas berjumlah RM6 bilion untuk merancakkan pelaburan.
12. Dana khas perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
13.Sumbangan RM3,000 kepada bekas anggota keselamatan negara, duda serta balu mereka

-----------------------$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$-------------


* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.
* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
* KDNK diunjur berkembang lima hingga enam peratus pada 2012.
* Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan semua rancanganpembangunan kerajaan.
* Pendapatan kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM186.9 bilion pada 2012berbanding RM183.4 bilion pada 2011.
* Defisit belanjawan dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNKberbanding 5.4 peratus pada 2011.
* Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa pada2012, merangkumi perkhidmatan hospital swasta, perkhidmatan pakar perubatan danpergigian, arkitek, kejuruteraan, perakaunan dan percukaian, perundangan,perkhidmatan kurier, perkhidmatan pendidikan dan latihan serta perkhidmatantelekomunikasi.
* Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.
*"Rolling plan" kedua akan diperuntukkan RM98.4 bilion dengan RM49.2 bilionmasing-masing untuk 2012 dan 2013.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.
* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dan traksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
* Valuecap Sdn Bhd akan menyediakan RM200 juta sebagai dana permulaan bagi Dana Dagangan Bursa yang mematuhi Syariah.
* Felda Global Ventures Holding akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 bagi mengumpulkan dana untuk menjadi sebuah syarikat berstatuskonglomerat global.
* Kerajaan akan memberikan kadar cukai konsesi 10 peratus ke atas dividenpelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam amanah pelaburanhartanah bagi lima tahun dari 2012 hingga 2016.
* Satu skim Dana Pembiayaan PKS yang mematuhi Syariah berjumlah RM2 bilionakan dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih pada 2012.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi SME Revitalisation Fund yangakan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.
* Kerajaan akan menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta untukmembantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.
* Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid dankereta elektrik dilanjutkan sehingga 2013.
* Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkandengan peruntukan RM420 juta.
* Kerajaan mencadangkan pengusaha hotel di Semenanjung Malaysia yang melaburdalam hotel empat dan lima bintang baharu, diberikan galakan taraf Perintisdengan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 60peratus bagi tempoh lima tahun.
* Kadar cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula.
* Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh Syariahberjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik.
* Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi galakanTaraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama lima tahun.
* Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektor pertanian.
* Kerajaan mencadangkan menaikkan had harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku daripada maksimum RM220,000 kepada RM400,000 bermula Januari 2012.
* Di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sejumlah 7,700 rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja pada 2012.
* Pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah di bawah PR1MA.
* RM443 juta diperuntukkan bagi pembinaan 8,000 unit untuk jualan dan 7,000unit untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000 unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan kerajaan memberi subsidi baki RM20,000.
* RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai.
* Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
* MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskankonsep "Management Buyout".
* Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
* Kerajaan mencadangkan peruntukan bagi TEKUN dinaikkan kepada RM300 juta.
* Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion bagi pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada jumlah ini, RM100 juta disediakan untuk usahawan India Malaysia dan RM100 juta lagi bagi usahawan Cina.
* Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara perjanjianpembiayaan mikro kredit.
* MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta.
* RM200 juta diperuntukkan bagi latihan dan kemahiran belia menerusi Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY1Malaysia).
* Kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai.
* RM50 juta diperuntukkan untuk membina kemudahan padang tiruan yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara.
* Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta untuk mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya di kejohanan sukan peringkat antarabangsa.
* Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam


Meh kita ulas- point mana ler betul2 memberi manfaat dan menarik Very Happy Very Happy @ langsung tak bermanfaat Mad Mad kepada KITA khususnya Geng2 SDT:

_________________
Fight Like A Tiger, Win Like A Champion ®

I need a girl with beautiful face & brain- not only a beautiful breast
Back to top Go down
lpsoldier007
SDT Otai
SDT Otai


Posts : 175
Mata Ganjaran : 2740
Reputasi : 3
Join date : 2011-04-30

PostSubject: Re: BELANJAWAN 2012   Mon Oct 10, 2011 6:37 pm

kalau gua jadi pm, sebarang aktiviti test drive keter, cheonging, gua bg pelepasan cukai. hahaha. lu smue nak vote gua jd pm tak? haha.

_________________
PM me to apply for UniFi and Streamyx all packages. Online application. Apply from your HOME/OFFICE. Will help you terminate your existing streamyx package (UNIFI). All FOC, no charges.
Guaranteed to get installation within 1 week for Unifi and Streamyx
PM ME FOR MORE INFO
Back to top Go down
nottypirates
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 877
Mata Ganjaran : 3527
Reputasi : 5
Join date : 2011-04-30
Location : Serdang

PostSubject: Re: BELANJAWAN 2012   Mon Oct 10, 2011 6:47 pm

lpsoldier007 wrote:
kalau gua jadi pm, sebarang aktiviti test drive keter, cheonging, gua bg pelepasan cukai. hahaha. lu smue nak vote gua jd pm tak? haha.

boleh2..
nnt sume tmpt kene kuarkn resit....
hehehe..
dlm resit jap lg ade 6% gov. tax...hehehehe lol!

_________________
Karaoke...5 Star...Perempuan...barula SELESA...

cheers pirat cheers

Hepi-Hepi
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: BELANJAWAN 2012   Tue Oct 11, 2011 4:37 am

tp bukan ke cakap cikgu punya gaji ada kenaikan 39peratus untuk bukan siswazah dan 37.7peratus untuk siswazah
Back to top Go down
cougar11
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 1025
Mata Ganjaran : 214076
Reputasi : 16
Join date : 2011-05-05
Location : Langit Biru, Darat Hijau.

PostSubject: Re: BELANJAWAN 2012   Tue Oct 11, 2011 4:43 am

yg untungnye sapa2 yg keje penjawat awam....prestasi tetap sama...kos rawatan makin btambah...penganguran smakin bertambah...sbb tu lah kite mmerlukn pembangkang...

_________________
SELAGI ADA BAYANG-BAYANG,SELAGI ITU ADANYA CAHAYA.......
.
Back to top Go down
futurama
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 462
Mata Ganjaran : 3014
Reputasi : 5
Join date : 2011-05-04
Location : PJ

PostSubject: Re: BELANJAWAN 2012   Tue Oct 11, 2011 4:57 am

yg pendapatan isi rumah <3000 dapat RM500/month ker? wah dah bagus tu leh gi cheong xpayah OT penat2 pakai duit tu jer
`
Back to top Go down
strawhatcrew
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 899
Mata Ganjaran : 2893
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-19
Location : in your room

PostSubject: Re: BELANJAWAN 2012   Tue Oct 11, 2011 2:31 pm

cougar11 wrote:
yg untungnye sapa2 yg keje penjawat awam....prestasi tetap sama...kos rawatan makin btambah...penganguran smakin bertambah...sbb tu lah kite mmerlukn pembangkang...

aku sokong setiap kali belanjawan depa je dpt untung..
freelance mcm aku ni sengsara tiap2 taun suma naik..
adeiiiiiii Sleep

_________________
Back to top Go down
http://www.justusboys.com/forum/
arepai
SDT Junior
SDT Junior


Posts : 55
Mata Ganjaran : 1965
Reputasi : 1
Join date : 2011-10-13
Age : 31
Location : Kajang

PostSubject: Re: BELANJAWAN 2012   Fri Oct 14, 2011 7:20 pm

nasib baik dapat lagi 1/2 bonus akhir bulan...
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: BELANJAWAN 2012   Today at 8:24 pm

Back to top Go down
 
BELANJAWAN 2012
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» MCC-funded road project starts 2012
» Iraq's 2012 Bdget Forecast based on $80 oil
» Winter 2011-2012
» Economic Commission expects the weak purchasing power in Iraq in 2012 On: Sun 01/01/2012 6:24
» Of the Commission vulnerable economy likely triggered higher spending On: Sun 01/01/2012 6:41

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: