Ini
merupakan berita yang amat mengejutkan! Difahamkan VW mempunyai
cita-cita besar & telah mengenalpasti model POLO merupakan model
yang paling afdal untuk dijadikan sebagai kereta Proton. VW telah
menubuhkan pasukan khas yang diketuai oleh Soh Wei Ming, ketua bahagian
operasinya di Asia Pacific, untuk mengkaji kesesuaian untuk mengubahsuai
Polo sebagai kereta nasional.
VW
telah berjaya menukar pembuat kereta dari Republik Czech, Skoda Auto
yang mengalami kerugian pada awal tahun 1990. Kini, Skoda telah berjaya
mengaut keuntungan dan berjaya menjual sekitar 879,200 unit kereta
mereka dipasaran global. Polo ketika ini berharga di atas RM100,000
namun cadangan yang dibuat kepada pemilik baru Proton, DRB-HICOM Bhd,
bakal menyaksikan harganya di
bawah RM70,000 melalui pemasangan tempatan dengan menggunakan teknologi Jerman.
Mungkin
ini cuma spekulasi semata-mata. Apa akan jadi dengan perancangan GSC
Proton dengan Mitsubishi yang difahamkan masih lagi berjalan? Kita kena
fikir balik apa yang telah terjadi antara Suzuki dengan VW sebelum ini.
VW telah mengambil kesempatan ke atas Suzuki & langsung tak berikan
apa manfaat kepada mereka. Siap control Suzuki macam syarikat mereka
sendiri. VW kini sedang mencari tapak untuk hub kereta kecil berkuasa
turbo mereka di rantau Asia.
Ini
yang patut DRB-HICOM Bhd fikir secara mendalam sebelum membuat sebarang
keputusan. Bagi saya lebih elok benarkan VW guna kilang Tanjung Malim
untuk pasang model mereka & secara tak langung kilang tersebut
digunakan sepenuhnya dengan Proton membuat keuntungan. Sebenarnya banyak
lagi syarikat yang berminat nak guna kilang tersebut, tetapi tidak
boleh disebutkan atas sebab-sebab tertentu. Sebab sebelum ini DRB-HICOM
Bhd pernah bagitau yang
rebadge bukanlah cara mereka untuk
transformasi Proton, mereka sebenarnya nak Proton jadi hub kereta
teknologi hijau di rantau ini & juga pasaran global.
[You must be registered and logged in to see this link.]