MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

  * Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: * Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia   Sat Dec 03, 2011 2:49 pm





BIARPUN skuad
Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam
Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan
yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat
sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.


Berdasarkan
maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati
Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas
meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.


Tambah manis,
dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik
sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.


Karier
perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B
yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.


Selepas itu,
kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil
Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya
Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.


Walhal, pada
saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada
kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi
membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat
emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada
pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.


Kini, namanya
meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus
diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua
pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka
Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.


Malah, Kim Swee
sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan
peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak
Sukan Sea lalu.


Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:

1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)





http://www.sinarharian.com.my/




Last edited by susulembu on Sat Dec 03, 2011 2:49 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: * Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia   Sat Dec 03, 2011 2:49 pm



cer cek kat website tu ramai yg vote gol nazmi neh best goal for the week kot..81% vote nazmi... http://www.101greatgoals.com/category/top-goals/
Back to top Go down
tebu
SDT Otai
SDT Otai


Posts : 145
Mata Ganjaran : 2002
Reputasi : 1
Join date : 2011-11-29
Location : MetroFulus

PostSubject: Re: * Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia   Sat Dec 03, 2011 3:26 pm

komen2 kat video tu x bleh blah.....hahahaha siap ade fakri saarani...lawak giler siot

_________________
Back to top Go down
strawhatcrew
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 899
Mata Ganjaran : 2893
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-19
Location : in your room

PostSubject: Re: * Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia   Sat Dec 03, 2011 5:31 pm

smpi masuk paper tu.. dulu gol aidil x da masuk pon.. hehe

_________________
Back to top Go down
http://www.justusboys.com/forum/
cougar11
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 1025
Mata Ganjaran : 214076
Reputasi : 16
Join date : 2011-05-05
Location : Langit Biru, Darat Hijau.

PostSubject: Re: * Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia   Fri Dec 09, 2011 4:24 am

mng la..nazmi baru 17tahun...snggup xambik spm semata2 nk main sukan sea n kelayakan olimpik...dh main bgus...byk hantaran jauh yg tepat..nazmi jga mampu mnggunakan kedua2 belah kaki tu...ada jgak mnyamakn nya dgn Cesc Fabregas tu...

_________________
SELAGI ADA BAYANG-BAYANG,SELAGI ITU ADANYA CAHAYA.......
.
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: * Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia   Today at 8:21 pm

Back to top Go down
 
* Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 6 Keturunan Yahudi yang jadi penguasa dunia teknologi
» Bertambahnya Muallaf Di Dunia Barat
» Para tokoh dunia KAGUM pada nabi Muhammad SAW
» Masjid Terunik Di dunia, Dibuat Oleh Orang Miskin
» Kota Mekkah merupakan golden ratio point dunia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: