MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Elfira Loy Berlakon Dengan Cara Sendiri

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Elfira Loy Berlakon Dengan Cara Sendiri   Wed Jan 04, 2012 7:56 am

Malam tadi telefilem Biar Mimpi Sampai ke Bintang telah ditayangkan
semula di Astro Ria. Telefilem ini menampilkan pelakon sinetron ngetop
Indonesia Randy Pangalila dan aktres remaja Elfira Loy. Apa yang
menarik, ramai yang berpendapat Elfira berupaya membawakan watak
sebagai seorang gadis anak penjual ayam dengan berkesan sekali, baik
untuk babak gembira mahupun sedih. Dia juga telah memenangi anugerah
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin yang lepas. Mungkin
anda tertanya sama ada gadis ini mencontohi lakonan sesiapa? Harian Metro melaporkan yang Elfira menyatakan dia hanya menjadi diri sendiri:-


Jujur saya katakan, ia memang agak sukar untuk diri
ini kerana tiada pengalaman bercinta. Saya tidak tahu macam mana
perasaannya (bercinta) hingga terfikir perlu menonton lakonan pelakon
lain. Apa pun, tak adil juga untuk buat begitu.


Ini kerana, jika saya menonton lakonan mereka (pelakon lain)
sudah pastilah akan terikut dengan cara yang dilakukan. Jadi, mana
keaslian dalam diri saya? Oleh itu, saya fikir ada baiknya berlakon
dengan cara sendiri kerana lebih selesa.


Bahkan, saya juga berbincang dengan penulis skrip apa sepatutnya
dilakukan. Mujur, dia (penulis skrip) pun mengesyorkan perkara sama
iaitu saya jadi diri sendiri kerana watak diilhamkan itu berdasarkan
karakter saya sendiri.

Bahkan Elfira menyatakan Randy ialah seorang yang menyenangkan:-

Saya senang sepanjang bekerja dengannya walaupun
kami perlu melakonkan babak pasangan kekasih. Tak dinafikan, geli juga
saya dibuatnya tetapi inilah cabaran yang harus disahut. Michael
(pengarah) sudah memberikan peluang yang besar kepada saya.



Jadi, buat apa saya mensia-siakannya. Apatah lagi,
Michael sudah membawa saya keluar daripada kepompong lama. Kini, saya
harus buktikan kemampuan diri.

Buat pengetahuan anda, Elfira juga telah berlakon dalam sebuah filem Jepun, Second Chance
yang ditayangkan September lepas. Gadis berbintang Pisces ini juga kini
sudah mempu membeli barangan berjenama dan sering membeli kasut di Yves
Saint Laurent dan Versace: satu pencapaian yang hebat untuk seorang
aktres remaja. Begitu pun kami berharap Elfira akan melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas ini, kerana ilmu akan boleh
memperkembangkan lagi kemampuannya sebagai seorang aktres. Kredit
gambar majalah EH!
Back to top Go down
 
Elfira Loy Berlakon Dengan Cara Sendiri
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» TIPS CARA MENGUSIR SETAN (ALA ALKITAB)
» kenapa banyak TKW kita yang diperkosa di tanah arab?
» Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa oleh para MALAIKAT
» bagaimanakah cara membentuk masyarakat madani?
» cara bercerai yang baik

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: Gossip Artis Malaysia-
Jump to: