MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Orang minyak atas bumbung

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Orang minyak atas bumbung   Wed Jan 04, 2012 7:59 am



GOMBAK – Orang minyak sekali lagi dikesan muncul di atas bumbung salah
sebuah rumah penduduk di Jalan Laksamana 1 jam 1.30 pagi, kelmarin.

Kelibat makhluk hitam bertubuh kurus itu disedari ketika rondaan jam 2 pagi.

Salah seorang anggota ronda mendakwa, makhluk itu dikesan cuba bersembunyi di celah bumbung setelah kehadirannya disedari.

“Saya menjerit, kelibat itu menunjukkan dirinya beberapa saat sebelum ghaib,” katanya.

Sementara itu, anggota Unit Amal, Mohd Rafiq Hamidullah, 34, berkata,
anggota unit ronda yang bertugas sehingga jam 6.30 pagi kelmarin di
Jalan Laksamana 1/5 juga terdengar bunyi nafas tercungap-cungap.

“Kami yakin makhluk itu mahu berubah kepada manusia semula kerana hari
sudah siang namun ia lenyap tanpa dapat dikesan arah ia melarikan,”
katanya.

Fenomena gangguan lembaga hitam didakwa sebagai orang minyak yang mula
dikesan penduduk Kampung Laksamana di sini sejak 20 Disember tahun lalu
kini berlarutan lebih dua minggu.

Pelbagai usaha dilakukan penduduk termasuk mengadakan solat hajat,
menggunakan pendekatan agama dan meningkatkan rondaan dalam usaha
menangkap dua lembaga didakwa orang minyak terbabit.

Sejak kes tercetus, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK) menerima tujuh laporan daripada penduduk mendakwa keluarga dan
kediaman diganggu makhluk tersebut.

Kesemua laporan yang diterima membabitkan kediaman yang mempunyai penghuni anak dara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul
Rahim Abdullah berkata, setakat ini terdapat satu laporan polis dibuat
penduduk berhubung kes serangan orang minyak dan maklumat lanjut
diperlukan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...umbung-1.16346
Back to top Go down
 
Orang minyak atas bumbung
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Diskusi 4 orang saksi Zina
» orang yang merugi di akhirat
» Hantu dan Roh/Arwah orang yang sudah meninggal
» 5 orang yang pertama masuk islam
» Inilah ciri-ciri orang yang beriman kepada Yesus

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: