MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Iklan gigi paus di Facebook

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Iklan gigi paus di Facebook   Wed Jan 04, 2012 8:00 am




Bangkai paus sepanjang 12 meter terdampar di pantai Old Hunstanton, utara Norfolk malam Krismas baru-baru ini. - AGENSI

LONDON 3 Jan. - Seorang lelaki yang cuba menjual gigi dan tulang rahang
ikan paus di laman web Facebook diberi amaran akan berdepan dengan
dakwaan.

Bangkai paus sepanjang 12 meter itu hanyut di pantai Old Hunstanton, utara Norfolk malam Krismas baru-baru ini.

Seorang lelaki pada Ahad lalu telah mengiklankan untuk menjual gigi
ikan paus itu di dalam Facebook pada harga 5 pound (RM25) setiap batang
atau 45 pound (RM222) untuk tulang rahangnya.

Lelaki dari barat Norfok itu sedang disiasat polis kerana menjual
bahagian-bahagian paus yang telah mati. Penjualan bahagian-bahagian
ikan paus yang telah mati tidak dibenarkan dan sesiapa yang cuba untuk
memperdagangkan haiwan terancam ini akan didakwa.

Paus adalah haiwan yang dilindungi di bawah Suruhanjaya Paus
Antarabangsa dan perdagangan giginya turut diharamkan di bawah
Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesis Terancam (CITES).

Jurucakap Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar
berkata, sebarang penemuan paus tidak boleh diambil atau dimusnahkan
tanpa kebenaran majlis tempatan dan Agensi Pengawal Pantai dan Maritim.

Paus besar itu kini menjadi tarikan pelancong sejak ia terdampar di
pantai itu dan dilaporkan beribu-ribu pengunjung datang ke resort tepi
pantai popular itu untuk menyaksikan bangkai haiwan itu.

Paus itu dipercayai telah mati beberapa lama sebelum ini dan ia kini
sedang mereput di pantai tersebut dan dijadual akan dipindahkan dalam
tempoh beberapa hari lagi. - AGENSI


sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info...a&pg=lu_09.htm
Back to top Go down
 
Iklan gigi paus di Facebook
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» facebook, myspace, email
» Facebook or MySpace.com?
» One of our Facebook friends is requesting prayer
» Facebook group
» hukum memutihkan gigi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: