MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Helah lapuk tak menjadi

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Helah lapuk tak menjadi   Wed Jan 04, 2012 8:02 am



TAHAN... sebahagian wanita warga asing yang dicekup dalam operasi cegah maksiat.

PUCHONG: Biarpun menyedari taktik menyorok dalam stor sudah lapuk,
namun helah sama tetap menjadi pilihan wanita warga asing yang panik
ketika premis yang dijadikan pusat maksiat diserbu.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.40 petang semalam dijalankan sepasukan
anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Jalan 1/19 Bandar
Puteri, dekat sini, lapan wanita warga asing dari China, Vietnam dan
Filipina hanya mampu berdiam diri sebaik tempat persembunyian mereka
diserbu.


Helah dengan membiarkan premis di tingkat satu dalam keadaan seperti
tidak berpenghuni dengan penuh tampalan iklan sewa bangunan bagi
mengaburi pihak berkuasa gagal apabila taktik itu berjaya dikesan polis.

Pegawai Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat
Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Superintendan Azli Abu Shah
berkata, pihaknya menahan empat wanita warga China, tiga dari Vietnam
serta seorang dari Filipina berusia antara 23 hingga 30 tahun yang
disyaki menawarkan khidmat urut batin.


sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/He...enjadi/Article


Back to top Go down
 
Helah lapuk tak menjadi
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: