MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Diterajang kutip RM50 di bahu jalan

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Diterajang kutip RM50 di bahu jalan Empty
PostSubject: Diterajang kutip RM50 di bahu jalan   Diterajang kutip RM50 di bahu jalan EmptyWed Jan 04, 2012 8:04 am



KUALA LUMPUR: Hanya kerana
RM50, seorang lelaki berusia 53 tahun cedera di badan dan kaki selepas
diterajang lebih 10 kali seorang lelaki tidak dikenali di depan sebuah
stesen minyak di Taman Fadason di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang dalam perjalanan
pulang ke rumah memberhentikan motosikalnya apabila melihat not RM50 di
bahu jalan.


Menurut sumber, selepas mengambil wang berkenaan, mangsa kembali ke motosikalnya, tiba-tiba dihalang kereta Proton Wira.

“Seorang lelaki berusia 30-an keluar dari kenderaan itu terus menolak motosikal mangsa menyebabkannya terjatuh.


“Suspek menyepak mangsa yang terjatuh sebelum memberitahu wang berkenaan miliknya,” katanya.


Sumber itu berkata, mangsa menyerahkan semula wang itu kepada lelaki terbabit.

“Sebelum meninggalkan kawasan berkenaan, suspek memaki-hamun mangsa,” katanya.


Katanya, mangsa yang cedera di kaki dibantu beberapa orang awam di
kawasan berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk membuat aduan
insiden berkenaan.

“Lelaki terbabit dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan dirawat pesakit luar,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria
Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan masih disiasat.







[b]http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html



[/b]
Back to top Go down
 
Diterajang kutip RM50 di bahu jalan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» sewa-bilik-rm50-untuk-maksiat
» Melintas jalan di Vietnam like a boss!
» Kien Keat-Boon Heong ditunjuk jalan keluar

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: