MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

  Padah keluar dengan isteri rakan baik

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Padah keluar dengan isteri rakan baik   Wed Jan 04, 2012 8:06 am

JOHOR BAHRU: Padah
keluar dengan isteri kenalan baik, seorang lelaki maut dibelasah dan
ditikam suami kepada wanita terbabit menggunakan objek tajam di sebuah
pasar raya di Plentong di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Sarmin Arsad, 40, dikatakan
baru selesai membeli-belah bersama wanita berusia lingkungan 30-an
terbabit.


Difahamkan, suspek yang terserempak dengan isterinya bersama Sarmin di
perkarangan tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan terkejut
melihat gelagat dan aksi mereka ketika berjalan bersama.

Suspek yang berang menyaksikan perkara itu terus menyerang mangsa dan
menghamburkan kata-kata kesat sebelum nekad menyerang serta menikam
Sarmin.


Akibat panik dengan tindakannya sendiri, suspek melarikan diri manakala
Sarmin dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan.


Sarmin bagaimanapun disahkan mati sejurus tiba di HSI.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata,
mangsa mati ketika dalam perjalanan ke HSI akibat pendarahan teruk
selepas dibelasah dan ditikam di dada sebelah kiri menggunakan objek
tajam.


“Suspek yang berusia 41 tahun melarikan diri sejurus kejadian namun
kami berjaya menahannya beberapa jam selepas itu. Dia kini direman
untuk siasatan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HSI untuk bedah siasat dan
kejadian terbabit mencetuskan suasana panik di kalangan pelanggan pasar
raya berkenaan,” katanya.


Menurut Roslan, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian dan
orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil membantu
siasatan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh


























[b]http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html



[/b]
Back to top Go down
 
Padah keluar dengan isteri rakan baik
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» cara bercerai yang baik
» cukupkah hanya dengan berbuat baik kepada sesama ciptaan Allah saja?
» Beda Hadits dengan Sunnah
» perjanjian manusia dengan tuhan sebelum dilahirkan
» Islam Kalah dengan Yahudi dan Nasrani!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: