MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 FAM perkenal dua logo baru Liga M

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




FAM perkenal dua logo baru Liga M Empty
PostSubject: FAM perkenal dua logo baru Liga M   FAM perkenal dua logo baru Liga M EmptyWed Jan 04, 2012 8:34 am

FAM perkenal dua logo baru Liga M 32087807


KUALA LUMPUR, (Bernama) - Liga Super dan Liga Premier
dalam Liga Malaysia masing-masing mendapat logo baru bagi musim
2012-2014.

Dalam satu kenyataan hari ini, Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL),
berkata logo itu diilhamkan daripada bentuk 'Play', yang lazimnya
ditemui dalam semua peranti permainan media.

"Kedua-dua logo direka khas sejajar dengan tujuan asal bola sepak itu sendiri iaitu 'Play' (Bermain).

"Bentuk 'Play' telah diolah dan diaplikasikan ke dalam logo, mewujudkan
satu bentuk untuk menyokong elemen lain yang mewujudkan kelainan antara
setiap logo," kata MSL, sebuah entiti yang bertindak sebagai sayap
komersial bola sepak Malaysia.

Kenyataan itu menyebut logo Liga Super dibentuk daripada imejan piala
Liga Super itu sendiri yang menunjukkan bahagian atas piala di mana
bola diletakkan di atas menara berbentuk bintang yang membawa maksud
liga bola sepak terulung di negara ini.

Kombinasi warna biru gelap dan putih mewakili makna perpaduan serta prestij liga berkenaan.

Bagi logo Liga Premier, bola yang dipaparkan bertujuan menyerlahkan makna pergerakan bola sepak.

"Bentuk bola yang sedang bergerak direka untuk mewujudkan satu kisah
tentang perjalanan ke arah pengiktirafan dalam sukan bola sepak bemula
di sini. Warna hitam dan kuning dipilih sebagai warna rasmi tanda
kesepakatannya dengan badan dan pasukan negara," kata kenyataan itu
lagi.

MSL berkata jenis fon yang digunakan adalah unik dan direka khusus
untuk disesuaikan dengan ciri-ciri yang mempunyai persamaan dengan
belang harimau.

Logo Astro diletakkan ke dalam logo liga sebagai pemegang hak komersial
mereka dan logo penaja yang baru mungkin menggantikan logo Astro
sekiranya ada mana-mana rakan kongsi selanjutnya yang turut serta
sebagai pemegang hak.

Liga Premier akan bermula pada 9 Jan manakala Liga Super pula sehari kemudian.
Back to top Go down
 
FAM perkenal dua logo baru Liga M
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Visi baru Shakir
» Aku baru disini
» Kereta Baru Papa
» Keta Baru - Proton P3-21A
» saya budak baru

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: