MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Apek, Fadhli dalam skuad impian Asia

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Apek, Fadhli dalam skuad impian Asia    Wed Jan 04, 2012 3:23 pm




Khairul
Fahmi Che Mat dan tonggak pertahanan Harimau Malaya, Mohd. Fadhli Shas
mendapat penghormatan terbesar apabila tersenarai antara dua pemain
dalam skuad impian Bawah 23 Tahun Asia bagi tahun 2011 oleh laman web
sukan terkenal, Goal.com.

Bertambah
membanggakan, nama mereka sebaris dengan beberapa bakat baru meningkat
naik di benua Asia seperti penyerang Korea Selatan, Ji Dong-Won yang
menjadi pemusnah Manchester City melalui jaringan tunggal 1-0 ke atas
pendahulu Liga Perdana England itu dan bintang tengah Glasgow Celtic,
Ki Sung-yeung.

Khairul
Fahmi atau Apek diangkat antara penjaga gol terbaik Asia Bawah 23
ekoran prestasi cemerlangnya membantu Malaysia mempertahankan pingat
emas Sukan SEA XXVI Indonesia, November lalu.

Selain
ketangkasannya diakui juga sepanjang pentas kelayakan Sukan Olimpik,
dia juga menjadi kunci kepada kejayaan Kelantan menjuarai Liga Super
pada musim lalu.

Sementara
itu, Mohd. Fadhli Shas menjadi pilihan utama di barisan pertahanan
tengah dan digandingkan dengan pemain Australia, Rhys Williams yang
kini bermain di England bersama Middlesbrough dalam Liga Kejuaraan.

Fadhli
juga mempamerkan prestasi konsisten dalam saingan kelayakan Olimpik
2012 dan menjadi antara watak penting kepada kestabilan bahagian
pertahanan semasa bergandingan bersama Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Zubir
Azmi dan Mahalli Jasuli.

Hanya
Andik Vermansyah dari Indonesia yang bermain di sayap kiri, pemain dari
benua Asia Tenggara berada dalam senarai skuad impian berkenaan.

Melengkapkan
senarai skuad impian itu ialah Hiroki Sakai dari Jepun di bek kanan dan
pemain Iran, Ehsan Hajsafi mengisi posisi bek kiri.

Seorang
lagi pemain Jepun, Hiroshi Kiyotake dipilih antara pemain sayap kanan
terbaik manakala tonggak utama Anzhi Makhachkala, Odil Ahmedov dari
Uzbekistan bergandingan dengan Sung-yeung mengemudi bahagian tengah.

Penyerang, Jeje Lalpekhlua dari India melengkapkan senarai 11 pemain dan bergandingan dengan Dong-won di bahagian serangan,
Sebelum
ini, pada dua hari lalu, penyerang Harimau Malaya, Safee Sali
tersenarai dalam senarai pemain simpanan skuad terbaik Asia oleh Goal.com.
Back to top Go down
Pierre
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 602
Mata Ganjaran : 3122
Reputasi : 12
Join date : 2011-06-24
Age : 30
Location : Cheras

PostSubject: Re: Apek, Fadhli dalam skuad impian Asia    Wed Jan 04, 2012 3:25 pm

harap msia punye ranking leh msk dlm group 70...so diorg ni leh men kt liga best2 kt euro..

_________________
farao Making beast with two backs farao
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: Apek, Fadhli dalam skuad impian Asia    Wed Jan 04, 2012 3:27 pm

jangan lupa untuk undi apek jadi penjaga gol terbaik asia..
klik sini untuk keterangan lanjut

http://lalala.forumms.net/t2168-jom-undi-khairul-fahmi-aka-apex-bagi-asian-best-xi-goalkeeper-2011-di-goalcom
Back to top Go down
Pierre
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 602
Mata Ganjaran : 3122
Reputasi : 12
Join date : 2011-06-24
Age : 30
Location : Cheras

PostSubject: Re: Apek, Fadhli dalam skuad impian Asia    Wed Jan 04, 2012 3:31 pm

dah undi byk kali bro...hehheh

_________________
farao Making beast with two backs farao
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Apek, Fadhli dalam skuad impian Asia    Today at 8:59 am

Back to top Go down
 
Apek, Fadhli dalam skuad impian Asia
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» bagaimana cara ibadah puasa dalam agama kristen?
» Adakah perintah Sunat dalam Alquran..?
» peran umat islam dalam sejarah perjuangan kemerdekaan indonesia
» MENJAWAB UMAT KRISTEN TENTANG SUNAT DAN PERINTAH SUNAT DI DALAM ISLAM
» Reinkarnasi,dalam perspektif Hindu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: