MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Daging kucing rebus punca bilionair mati

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Daging kucing rebus punca bilionair mati Empty
PostSubject: Daging kucing rebus punca bilionair mati   Daging kucing rebus punca bilionair mati EmptyThu Jan 05, 2012 10:01 am

Daging kucing rebus punca bilionair mati Kucing+rebus+2

BEIJING: Kematian mengejut seorang bilionair di selatan China
menyebabkan penyiasat polis tertanya-tanya sama ada punca kematiannya
atau pembunuhannya disebabkan dia makan daging kucing.
Long Liyuan, 49, menemui ajal pada 23 Disember di wilayah Guangdong
selepas berkongsi makanan istimewa bahagian selatan negara itu iaitu
hidangan daging kucing rebus dengan dua lagi lelaki dalam majlis makan
tengahari perniagaan.
Seorang lelaki itu yang juga pegawai tempatan, Huang Guang, ditahan
Jumaat lalu kerana disyaki memasukkan racun herba ke dalam periuk
mengandungi daging itu.

Pihak polis mensyaki Huang mempunyai motif membunuh Long kerana mereka terbabit dalam pertelagahan perniagaan.

Huang yang juga Timbalan Pengarah Pertanian pekan Bajia, Guangdong
disyaki memasukkan racun herba ‘Gelsemiun elegans’ ke dalam periuk itu,
lapor blog mikro penyiasat polis.

Tumbuhan beracun itu didapati dalam banyak kawasan hutan di beberapa
tempat di China. Tiga lelaki itu jatuh sakit tetapi Long menemui ajal
kerana dia paling banyak makan herba itu.
Long dan Huang bertemu untuk membincangkan kontrak perniagaan. Long
yang mempunyai syarikat perhutanan di Guangdong mahu memajak tanah
hutan dan membangunkannya, lapor Nanfang Daily, akhbar utama Parti
Komunis, kelmarin.

Lelaki ketiga, Huang Wen yang juga rakan rapat Long berkata dia hanya
makan sedikit selepas mendapati rasa masakan itu pahit daripada biasa.

Long yang makan lebih banyak pening dan sakit. Dia segera dihantar ke
hospital dan diserang angin ahmar dan menghembuskan nafas terakhir.

Pada awalnya polis menahan pemilik restoran kerana mengesyaki menghidangkan makanan tidak bersih.

Ahli keluarga ahli perniagaan itu enggan mempercayainya ia kes
keracunan makanan dan mendesak polis menyiasat lebih lanjut dan
menawarkan hadiah 100,000 yuan (RM49,702) bagi maklumat kematiannya. –
AP


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/ar...irmati/Article
Back to top Go down
 
Daging kucing rebus punca bilionair mati
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: