MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Gaji PM Singapura RM5.31 juta

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Gaji PM Singapura RM5.31 juta Empty
PostSubject: Gaji PM Singapura RM5.31 juta   Gaji PM Singapura RM5.31 juta EmptyThu Jan 05, 2012 10:06 am

Gaji PM Singapura RM5.31 juta Du_01.1
GAMBAR fail menunjukkan barisan Kabinet Singapura bergambar selepas mereka mengangkat sumpah pada 21 Mei tahun lalu

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima saranan
sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pemerintah bagi mengurangkan
gajinya, para menteri Kabinet dan Presiden negara berkenaan.

Saranan tersebut melibatkan pemotongan sekurang-kurangnya satu pertiga
gaji menteri-menterinya yang berjumlah jutaan dolar, menurut dokumen
tangga gaji baharu semalam.

Walaupun pemotongan tersebut dibuat, menteri di Singapura kekal antara menteri yang menerima gaji termahal di dunia.

Pemotongan gaji itu pernah dijanjikan oleh Hsien Loong bagi meredakan
kemarahan rakyat selepas pilihan raya umum 2011 berlangsung.

Hsien Loong sendiri akan menerima gaji berjumlah AS$1.69 juta (RM5.31
juta) setahun iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus berbanding
sebelumnya.

Jumlah tersebut bagaimanapun kekal menjadi gaji tertinggi dalam kalangan pemerintah sesebuah negara di dunia.

Sebagai perbandingan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menerima gaji AS$400,000 (RM1.25 juta) setahun.

Obama merupakan Presiden yang mempunyai 312 juta penduduk dan merupakan
negara paling kuat berdasarkan kekuatan ketenteraan dan ekonomi.

Gaji Presiden Singapura pula akan dipotong sehingga 51 peratus kepada
Sg$1.54 juta (RM3.76 juta) setahun manakala menteri Kabinet yang baharu
dilantik akan menerima separuh gaji Perdana Menteri.

LEE HSIEN LOONG

Gaji menteri pemerintah akan dikurangkan sebanyak 37 peratus setahun kepada SG$1.1 juta (RM2.68 juta).

Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang menerima gaji AS$543,500 (RM1.7
juta), Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda sebanyak AS$513,000 (RM1.6
juta) dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard memperoleh gaji
AS$379,000 (RM1.19 juta).

Gaji Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy ialah AS$302,000 (RM949,185),
Canselor Jerman, Angela Merkel mendapat gaji AS$296,000 (RM930,327) dan
Perdana Menteri Britain, David Cameron yang memperoleh gaji AS$222,000
(RM697,745).

Gaji para pemimpin Singapura melonjak dalam tahun 1990-an apabila ia
menjadikan purata gaji tertinggi sektor swasta di pulau itu sebagai
tanda aras.

Langkah pemotongan gaji tersebut membayangkan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP).

PAP yang memerintah Singapura sejak negara itu berpisah daripada
Malaysia pada tahun 1965 mencatat prestasi buruk pada pilihan raya 2011.

Undi yang diterima PAP semasa pilihan berkenaan berkurangan sebanyak 60
peratus sekali gus bilangan undi terendah yang pernah dicatat parti
pemerintah itu.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_01.htm


Back to top Go down
 
Gaji PM Singapura RM5.31 juta
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Aakash Terima 1.4 juta Tempahan Dalam Seminggu
» Ikan tuna gergasi dilelong RM2.3 juta
» Tourism Malaysia Membelanjakan RM1.8 Juta Untuk Kempen Sosial Atas Talian
» Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta
» Fan Facebook Scha Al-Yahya Lebih 1.1 Juta Orang!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: