MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Pengebom masjid ditahan

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Pengebom masjid ditahan Empty
PostSubject: Pengebom masjid ditahan   Pengebom masjid ditahan EmptyThu Jan 05, 2012 10:06 am

Pengebom masjid ditahan 138424masj

NEW YORK: Seorang lelaki New York semalam mengaku
melancarkan siri serangan molotov coktail yang turut terkena sebuah
masjid serta kuil Hindu.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin setempat
kerana ia mungkin menyebabkan krisis di kalangan penganut agama berbeza.


Pengakuan terbabit diperoleh selepas polis menahan dan menyoal siasatan lelaki semalam.

Jurucakap polis, Paul Browne, berkata suspek mengaku terbabit dalam serangan pada malam Ahad lalu.


“Suspek mengaku bertanggungjawab dalam lima serangan berasingan dan
memberi alasan ia berpunca daripada kebencian peribadinya terhadap
setiap lokasi,” katanya.


Serangan berkenaan sebelum ini disiasat sebagai kemungkinan mempunyai elemen kebencian terhadap sesuatu kumpulan.

Ia mengundang kecaman pemimpin agama dan masyarakat setempat.


Mereka juga menyertai sidang media Datuk Bandar New York, Michael
Bloomberg, serta Pesuruhjaya Polis, Ray Kelly, mengenai insiden
berkenaan. Sidang media itu dibuat sebelum pengakuan suspek diperoleh
pihak berkuasa.

Pemimpin Majlis Hubungan Amerika - Islam New York, Cyrus McGoldrick,
berkata ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan kumpulan minoriti
lain mengkucar-kacirkan AS.


“Kita semua terjejas apabila kebencian ini meletus,” katanya.


Polis enggan mendedahkan identiti suspek yang ditahan, tetapi dia
ditangkap berdasarkan laporan saksi dan rakaman kamera pengawasan yang
mengesan keretanya di sekurang-kurangnya dua lokasi serangan.


Satu daripada bom itu dilontarkan ke pintu masuk Masjid Yayasan Imam
al-Khoei ketika kira-kira 75 hingga 80 orang ada di dalamnya.


Turut diserang, sebuah kedai serbaneka dan dua rumah, tetapi tiada kecederaan dilaporkan. - Reuters






[b]http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html






[/b]
Back to top Go down
 
Pengebom masjid ditahan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Dua lari separuh bogel elak ditahan
» 14 remaja ditahan, tidur berpasangan dalam satu bilik

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: