MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 ‘Saya tetap Melayu Islam’

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: ‘Saya tetap Melayu Islam’   Thu Jan 05, 2012 10:08 am



KOTA TINGGI: “Saya tetap Melayu Islam. Walaupun saya
seorang yang suka berfesyen dan mengayakan pelbagai jenis pakaian, saya
tetap mengutamakan batasan budaya dan agama dalam apa juga perkara
dilakukan, malah tidak pernah terjebak dengan aktiviti sosial atau
budaya negatif ‘mat salleh’.

“Sebagai umat Islam saya tetap bersolat lima waktu dan setiap malam
Jumaat, saya membaca surah Yasin bagi mendapat petunjuk dalam pelajaran
dan keberkatan hidup,” kata pelajar genius Nur Amalina Che Bakri, 23,
ketika menjelaskan kontroversi laporan sebuah blog mengatakan dia
seorang suka bersosial dan gagal dalam pelajaran serta pulang ke
Malaysia secara senyap-senyap.


Nur Amalina atau lebih manja dengan panggilan Ina, ditemuramah menerusi
sidang video ‘Skype’ selama hampir 45 minit bermula kira-kira jam 5.30
petang di rumah ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di
sini, semalam.

Malah, gadis pintar itu masih merendah diri dan berharap rakyat
Malaysia terus menyokong dan mendoakan kejayaannya walaupun selepas
penyebaran fitnah mengenainya itu.


Dalam temu bual yang dilakukan dalam bahasa Melayu, Ina meminta orang
ramai tidak mudah percaya dengan apa disebarkan dan jangan menghukum
seseorang berdasarkan perwatakannya.


“Memang ini diri Ina yang sebenar, Ina suka bergaya serta berfesyen dan
ia bukan perkara baru, malah dilakukan sejak kecil lagi, mungkin timbul
salah faham berikutan penampilan di khalayak seperti di sekolah atau
majlis rasmi sebelum ini kerap bertudung sedangkan di rumah atau
bersama keluarga, Ina tidak (bertudung).

“Ibu Ina sendiri tidak pernah melarang hobi Ina, malah membelikan
pelbagai pakaian berfesyen untuk dipakai dan tidak mungkin seseorang
ibu akan membelikan pakaian tidak senonoh untuk anaknya sendiri.


“Terima kasih kepada ibu kerana memberikan didikan agama yang lengkap
sebagai bekalan sebelum berangkat ke United Kingdom (UK) bagi
melanjutkan pelajaran, syukur sepanjang lapan tahun di sini pesanan itu
masih kuat dan segar dalam ingatan,” katanya.

Nur Amalina berkata, berita negatif itu diibaratkan sebagai serangan
peribadi yang tersebar di Internet namun sedikitpun tidak menjejaskan
tumpuan pada pelajaran, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk
terus berjaya kerana sudah lali dengan tohmahan pelbagai pihak. Dia
juga berharap pihak berkenaan membuang gambar disiarkan sebelum ini dan
menganggapnya sebagai perkara peribadi namun disiarkan kepada umum
melalui Internet tanpa kebenarannya.


Tidak mudah melatah dengan berita negatif itu, Nur Amalina sebaliknya
berkata, individu berkenaan mungkin berniat baik, tetapi cara
penyampaian digunakan tidak betul hingga menyentuh sensitiviti pihak
lain.


“Selain itu, pihak terbabit diharap memahami maksud ‘bersosial’ dengan
lebih mendalam dan berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan atau
andaian.


“Jika bersosial bersama rakan untuk melepaskan tekanan, rasanya itu
tidak salah kerana pada masa sama saya tetap berpegang teguh pada
ajaran agama dan tahu batasannya. Saya bukannya melakukan perkara
melalaikan atau terjebak dengan kelakuan negatif seperti berfoya-foya
atau maksiat sedangkan sepanjang di sini saya lebih banyak meluangkan
masa di perpustakaan untuk mengulang kaji. “Tidak dinafikan itu adalah
gambar saya, tetapi ia dirakam ketika Ina keluar bersiar-siar dengan
rakan untuk melepaskan tekanan belajar dan bagi mereka yang pernah
belajar di sini, mungkin mereka faham bagaimana susahnya berada di
negara asing dengan jadual padat sedangkan semua insan memerlukan rehat.


“Memang Ina terkilan selepas membaca dan melihat gambar
disiarkan...mungkin itu adalah nasihat kepada Ina, tetapi jika berniat
baik gunakanlah cara betul dan bukannya menyiarkan perkara berunsur
negatif,” katanya.


Nur Amalina turut mengaku kerap menghabiskan masa antara empat dan lima
jam setiap hujung minggu bermain luncur ais dan boling bersama rakan
sekuliah.
Back to top Go down
 
‘Saya tetap Melayu Islam’
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tolong jawab pertanyaan saya:Apakah yang dimaksud "Islam menyempurnakan Syariat-Syariat sebelumnya"?
» Kenapa saya (seorang Kristen) suka topik mualaf
» Menurut Alkitab Allah itu Roh atau ZAT ?
» Wolfie vs JN-SeJenis Tomat, Silahkan BUktikan Allah SWT bukan Penipu (An Nahl 69)
» Kisah Loo Jo Yee Gadis Cina 17 Tahun Peluk Islam (bahasa Melayu)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: