MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Israel Akui Ambil Organ Penduduk Palestin

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Israel Akui Ambil Organ Penduduk Palestin   Thu Jan 05, 2012 10:12 am


BAITULMAQDIS – Israel akhirnya mengakui bahawa dalam tahun
1990-an, anggota-anggota forensiknya mengambil organ manusia termasuk
jenazah penduduk Palestin tanpa kebenaran keluarga mereka.

Isu kontroversi tersebut ditimbulkan berikutan pendedahan media
berhubung satu wawancara dengan bekas ketua Institut Forensik Abu Kabir
di Israel, Dr. Jehuda Hiss.
Wawancara itu dilakukan pada 2000 oleh seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS) yang kemudian mendedahkannya kepada media.

Dia berbuat demikian untuk menyokong dakwaan sebuah akhbar Sweden
yang melaporkan pada musim panas lalu bahawa tentera Israel membunuh
penduduk Palestin untuk mengambil organ mereka.

Israel sebelum ini bermati-matian menafikan melakukan pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu.
“Kami bermula dengan mengambil kornea mata mereka. Apa yang kami
lakukan tidak didedahkan dan tanpa kebenaran keluarga mereka (penduduk
Palestin),” kata Hiss.

Laporan sebuah stesen penyiaran Internet, Channel 2 menyatakan,
pakar-pakar forensik di Abu Kabir mengambil kulit, kornea, injap
jantung dan tulang mayat askar Israel, warga Israel dan jenazah
penduduk Palestin dan mayat pekerja asing tanpa kebenaran saudara mara
mereka.Dalam maklum balas mengenai laporan saluran berita itu, tentera
Israel mengaku perbuatan tersebut berlaku.

“Aktiviti itu berakhir sedekad lalu dan ia tidak diteruskan,” kata satu kenyataan tentera Yahudi. – AP
Back to top Go down
damnhard
SDT Junior
SDT Junior


Posts : 50
Mata Ganjaran : 1619
Reputasi : 1
Join date : 2012-08-20

PostSubject: Re: Israel Akui Ambil Organ Penduduk Palestin   Wed Aug 22, 2012 8:23 pm

Yahudi hanya dapat ditundukkan pada akhir zaman bilamana umat islam akan menyerang dan berperang hebat dgn Yahudi sehingga Yahudi kalah.....ini fakta....dan Yahudi takkan dpt ditundukkan melalui perundingan damai atau apa sahaja....
Back to top Go down
 
Israel Akui Ambil Organ Penduduk Palestin
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» ISRAEL TO CONSIDER WORK-FREE SUNDAY
» Plan to storm Israel's border on 5/15/2011
» Article: "Israel Miracles Sought at Tombs of Sages"
» Israel's 5th Dolphin submarine unveiled in Germany
» Reports: Israel attacked another weapons convoy in Syria

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: