MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 14 remaja ditahan, tidur berpasangan dalam satu bilik

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: 14 remaja ditahan, tidur berpasangan dalam satu bilik   Thu Jan 05, 2012 10:15 am


BATU FERINGGHI – Sebuah hotel bajet di sini, menjadi sarang
maksiat malam tahun baru berikutan penangkapan beberapa pasangan remaja
di situ.
Ketua Operasi dan Penguatkuasaan Jaipp Tanjong, Muadz Md Nazan
berkata, pihaknya menahan 14 remaja berusia lingkungan 16 hingga 20
tahun di hotel berkenaan.

Menurutnya, serbuan dilakukan sekitar jam 2 pagi mendapati tujuh
pasangan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27 iaitu berkhalwat.

“Dipercayai kesemua mereka ini datang berkonvoi ke Pulau Pinang
sempena Tahun Baru 2012 kali ini, dan ada juga di antaranya ketika
ditahan tidur secara berpasang-pasangan dalam sebuah bilik.

“Malah, dalam satu bilik yang kami tahan ada sehingga dua atau tiga
pasangan kekasih, kalau yang tidur bilik lelaki dan perempuan
asing-asing tidak mengapa, namun mereka tidur bersama-sama dalam satu
bilik pula,” katanya.

Hotel bajet berkenaan boleh disewa dengan harga RM60 hingga RM100
semalam membuatkan mereka mampu untuk membayarnya dengan harga yang
murah.

Bukan itu sahaja, dipercayai sebelum ini beberapa serbuan juga dilakukan di tempat berkenaan.

Muadz berkata, kebanyakan yang ditahan datang dari luar Pulau Pinang.

“Kebanyakan mereka ini tidak tahu penguatkuasaan yang dilakukan
Jaipp atas kesalahan khalwat, kerana masing-masing bertanya kepada kami
kenapa mereka ditangkap dan penguat kuasa kami memberikan penerangan
dengan sewajarnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Operasi maksiat yang bermula jam 12 tengah malam itu kemudiannya
berakhir pada jam 7 pagi dengan 11 penguat kuasa di bahagian Tanjong.

Semua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi
dan kemudiannya diikat jamin oleh waris. Dalam tempoh seminggu semuanya
perlu hadir ke pejabat Jaipp bersama ibu bapa bagi menjalani siasatan
lanjut.

Jika disabit kesalahan, kesemua mereka boleh dikenakan hukuman denda
tidak lebih RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya
sekali.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail
berkata, penguat kuasa Jaipp berjaya menahan 36 pesalah mengikut
Seksyen 27 dan Seksyen 29 akibat kesalahan berkelakuan tidak sopan di
tempat awam.

Katanya, ia adalah tangkapan terbesar bagi tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.

“Ini kerana kami membahagikan kumpulan penguat kuasa kepada dua
iaitu di bahagian Seberang Perai dan juga di kawasan pulau ataupun
Tanjong.

“Operasi bermula 12 tengah malam hingga 7 pagi dengan 20 penguat kuasa Jaipp.

“Bagaimanapun penguat kuasa kami akan menjalankan operasi bagi
dua-dua kesalahan ini setiap malam dan bukan sahaja memfokuskan
hari-hari tertentu sahaja,” katanya.



SUMBER : SINAR HARIAN
Back to top Go down
joe_sate
SDT Otai
SDT Otai


Posts : 168
Mata Ganjaran : 2121
Reputasi : 0
Join date : 2011-08-15
Age : 34
Location : tak bai

PostSubject: Re: 14 remaja ditahan, tidur berpasangan dalam satu bilik   Fri Jan 06, 2012 12:43 am

gangbang ke apa diorg ni..agak2 r..haha
Back to top Go down
 
14 remaja ditahan, tidur berpasangan dalam satu bilik
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Buat yang kepengin multi Login dalam satu Browser (Mozilla Firefox)
» bagaimana cara ibadah puasa dalam agama kristen?
» Adakah perintah Sunat dalam Alquran..?
» peran umat islam dalam sejarah perjuangan kemerdekaan indonesia
» MENJAWAB UMAT KRISTEN TENTANG SUNAT DAN PERINTAH SUNAT DI DALAM ISLAM

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: