MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Disangka surau rupanya tandas

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Disangka surau rupanya tandas   Thu Jan 05, 2012 10:16 am


GEORGETOWN – Mungkin tidak patut rasanya apabila tandas yang
merupakan tempat membuang najis dan kotor dibina menyerupai bentuk
sebuah masjid dan surau.
Namun, itulah realitinya yang terjadi di Jalan Padang Polo apabila
bumbung tandas awam milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) direka
seakan kubah masjid dan kelihatan seperti surau kecil.

Ketua Penerangan Pas Tanjung, Rashidi Salim berkata, pihaknya
menerima aduan orang ramai mengenai bentuk bumbung tandas berkenaan.

Menurutnya, walaupun tandas awam itu dibina sejak 2000 dahulu namun
kerajaan sekarang patut mengambil tindakan dengan mengubahnya kepada
yang lebih baik.

“Isu tandas yang menyerupai rumah ibadat sememangnya sensitif, kami
bukan perkauman tetapi apabila anda sendiri sebagai umat Islam melihat
tandas yang mempunyai bentuk seakan masjid atau surau, apa perasaan
anda?.

“Begitu juga kalau ada tandas yang dibina seperti tokong atau kuil,
pasti ada penganutnya yang sensitif, jadi kami mohon supaya MPPP
membuang bentuk kubah yang berada di atas tandas ini,” katanya.

Padang Polo sememangnya terkenal berikutan lokasinya menjadi tempat
orang ramai berkunjung untuk mengadakan aktiviti pada hujung minggu dan
sebagai kawasan latihan bola pada setiap waktu petang.

Sementara itu, Ketua Lajnah Pas Tanjung, Fadzil Yahaya berkata,
sepatutnya MPPP mengambil tindakan tegas dengan segara mengubahkan
kubah berkenaan.

Katanya, ia bukan sahaja menimbulkan persepsi yang kurang enak dalam
kalangan umat Islam tetapi menimbulkan rasa curiga kepada penganut
bukan Islam.

“Kalau mereka (orang bukan Islam) tengok dan lihat tandas kita macam
masjid apa yang dikata mereka, setahu saya kubah berkenaan dibina untuk
membawa pencahayaan yang lebih masuk ke dalam tandas tanpa menggunakan
tenaga elektrik.

“Keadaan tandas di sini juga elok dan masih bersih tetapi rugi
sekiranya reka bentuknya tidak sedap mata memandang, dari laporan yang
kami terima, orang ramai tahu ia tandas kerana ada papan tanda di situ,
kalau tiada, pasti orang fikir ia surau,” katanya.

Dalam masa yang sama, Rashidi meminta MPPP membina sebuah lagi surau
di tapak Padang Polo bagi menampung keperluan umat Islam yang ramai
menggunakan padang terbabit.

Katanya, sebelum ini surau yang berdekatan terletak di hospital dan menyukarkan orang ramai untuk ke sana.

“Apa salahnya jika ada peruntukkan dan Kerajaan Negeri membina
sebuah surau di sini untuk kemudahan mereka yang ada aktiviti di Padang
Polo,” katanya.



SUMBER : SINAR HARIAN
Back to top Go down
 
Disangka surau rupanya tandas
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: