MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 VoucHEREs Menjuarai Make The Pitch – RM700,000 Untuk Memperluaskannya

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: VoucHEREs Menjuarai Make The Pitch – RM700,000 Untuk Memperluaskannya   Thu Jan 05, 2012 11:32 am

Ingat tak lagi berkenaan dengan aplikasi VoucHEREs
yang pernah kami tulis akan sebelum ini? Ianya masih lagi belum
dilancarkan buat masa ini, tetapi pembangunnya baru-baru ini telah
menyertai acara Make The Pitch yang diadakan oleh pihak MyEG dengan
kerjasama pihak MDEC, sekaligus kini menjadi juara pertandingan
tersebut, membolehkan mereka memperluaskannya melalui dana yang
diberikan.



Buat masa ini, ia masih lagi belum dilancarkan secara rasminya, dan
mungkin ia akan dilancarkan dalam bentuk beta tidak lama lagi. Selain
daripada dalam bentuk aplikasi, VoucHEREs juga dibangunkan dengan
konsep mesra peranti mudah-alih, membolehkan anda mengakses ia
menggunakan sebarang peranti mudah-alih dengan keupayaan internet, dan
menggunakan Facebook untuk mendaftar masuk.

Bagi yang tertanya-tanya akan kelainan yang dibawakan oleh VoucHEREs,
ia menggunakan konsep geolokasi dalam memaparkan kupon-kupon dan baucer
yang berhampiran dengan anda. Selain daripada itu, ia juga dijangka
akan bekerjasama dengan beberapa nama besar ketika pelancarannya,
menjadikannya lebih menarik berbanding beberapa aplikasi sedia ada.
Salah satu jenama yang disebut-sebut adalah Bonuslink sebagai rakan
mereka. Namun begitu, ia masih lagi pada peringkat awal, dan masih
tiada pengesahan buat masa ini.



Mungkin kita akan dapat mendengar lebih banyak berita daripada
mereka dalam masa terdekat ini. Sementara itu, mungkin anda boleh
menjenguk laman VoucHEREs
hari ini. Dan sebagai info tambahan, salah seorang pembangunnya
merupakan pembangun asal disebalik laman Nuffnang, Advertlets dan juga
Kawanster yang popular sebelum ini.

arsyan @arsyan
We WON!! 700k to kickstart VoucHEREs. Thanks MyEG & MDeC
Back to top Go down
 
VoucHEREs Menjuarai Make The Pitch – RM700,000 Untuk Memperluaskannya
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» When should a person make the intention to fast
» How To Make A Scrying Mirror
» Back at Home, Faceless Man and No Make-up
» Don't want to make the same mistake again.
» Please help me - preop decision to make ASAP

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: Informasi Komputer & Teknologi Semasa-
Jump to: