MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat   Thu Jan 05, 2012 1:23 pm


KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna.


Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.

“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah.

“Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

“Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan,” katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Soal jodoh ni kena tengok ‘rezeki’ la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima,” katanya.

Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu.

Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu.

“Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda,” katanya.

Apex yang menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2011 November lalu tersenarai bersama Fadhli Shas dan Safee Sali dalam kesebelasan terbaik Asia pilihan laman web terkenal dunia, Goal.Com.

SUMBER : SINAR HARIAN
Back to top Go down
joe_sate
SDT Otai
SDT Otai


Posts : 168
Mata Ganjaran : 2117
Reputasi : 0
Join date : 2011-08-15
Age : 34
Location : tak bai

PostSubject: Re: Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat   Fri Jan 06, 2012 12:41 am

baguslh tu elakkn kontrovesi..
Back to top Go down
damnhard
SDT Junior
SDT Junior


Posts : 50
Mata Ganjaran : 1619
Reputasi : 1
Join date : 2012-08-20

PostSubject: Re: Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat   Wed Aug 22, 2012 8:13 pm

Apex skang pun asyik keluar dating dgn artis aje....lawa2 pulak tu....dia tu boleh tahan hensem la....cuma suara dia je yg kelakar sikit.....he he he Very Happy
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat   Today at 9:03 pm

Back to top Go down
 
Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» *** Aziz Mayahi: any politician trying to stir public anger and create problems after the U.S. withdrawal will be considered a traitor to his country and his people
» Iraqi authorities to execute Tariq Aziz next year
» Economic expert Akram Abdel Aziz: Iraqi banks need to use global expertise to develop
» What About Mounts and Apex On Them?
» Confessions of Ali al-Dabbagh ... Corruption of the Russian deal is clear

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: