LONDON – Pencipta dari Britain yang menghasilkan pembersih vakum
tanpa beg, Sir James Dyson kini memperkenalkan peralatan rumah terbaru
rekaannya iaitu kipas angin elektrik tanpa bilah.
Semasa melancarkan produk tersebut, Dyson berkata, kipas tersebut
yang dinamakan Dyson Air Multiplier mampu menghasilkan angin yang kuat.
Menurutnya, dia mendapat idea untuk mencipta kipas itu selepas
meneliti alat pengering tangan yang menyedut banyak angin di sekitarnya.
Dyson berkata, selain senyap, produk itu juga lebih selamat
berbanding kipas angin biasa kerana ia tidak mempunyai bilah yang boleh
mencederakan jari jika disentuh oleh kanak-kanak.
Ia berfungsi dengan menolak udara sehingga mencecah kelajuan 35.2
kilometer sejam melalui bukaan kecil selebar 1.3 milimeter di
sekelilingnya.
Kipas angin berharga £199 (RM1,066) itu mula dijual di beberapa kedai utama di sini.
Dianggarkan memiliki kekayaan mencecah £500 juta (RM2.6 bilion)
Dyson, 62, muncul sebagai pereka terbaik Britain susulan kejayaannya
mencipta pembersih vakum tanpa beg yang direkanya sekitar tahun 1990-an.
Korang pernah dengar tak tentang Bladeless Fan Air Multiplier atau Kipas Tanpa Bilah ni?
Benda ni rupanya dah ada sejak 2008 lagi, atau mungkin lebih awal.
Dyson Bladeless Fan Air Multiplier
Ciri-ciri Bladeless Fan Air Multiplier,
- Selamat – Anak-anak yg suka jolokkan tangan dalam kipas, so bila
pakai benda ni takde la risau nak lepaskan diorang bermain, kita nak
tido pun senang.
- Senang dicuci – Yelah, tak payah susah-susah nak kena bukak bagai
macam kipas angin biasa tu, lap je terus pakai kain, dah setel.
- Senang nak Adjust – Korang nak dia hala ke atas ke, bawah ke, kiri
ke, kanan ke, tolak je kemana yang korang nak, sistem dia direka supaya
mudah di adjust dan akan kekal di posisi yang kita mahu. Wallaweh..
Ciri-ciri Dyson Bladeless Fan Air Multiplier
Apa yang membezakan antara kipas tanpa bilah atau Bladeless Fan Air
Multiplier ni dengan kipas biasa ialah, teknologi ini akan memberikan
hembusan angin kuat yang selari dan berterusan, berbeza dengan kipas
biasa yang hembusannya terputus-putus kerana penggunaan bilah yang
memotong hembusan angin kepada blok-blok yang kecil sepertimana
gambarajah dibawah.
Perbezaan kipas biasa vs Dyson Bladeless Fan Air Multiplier
Cara-cara Bladeless Fan Air Multiplier berfungsi.
- Menggunakan teknologi sepertimana yang digunakan didalam enjin
turbo jet, ia akan menarik udara daripada luar seterusnya menghasilkan
aliran angin yang kuat di dalam sistem.
- Seterusnya aliran angin tadi akan dipecutkan melalui satu sistem
emparan “annular aperture” yang boleh difahami dengan mudah jika kita
memahami bagaimana daya emparan digunakan untuk “dry-spin” pakaian
menggunakan mesin basuh.
- Aliran angin yang telah dipecutkan ini kemudiannya akan menyebabkan
udara yang berada dibelakang alat ini tersedut masuk kedalam aliran dan
dipecut untuk keluar semula kehadapan alat disebabkan daya aruhan yang
kuat daripada aliran angin diperingkat kedua tadi.
- Akhir sekali, udara di sekitar alat juga akan tertarik kedalam
aliran udara terpecut tadi seterusnya menambah kuat aliran angin
tersebut.
Dyson Bladeless Fan Air Multiplier
Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini boleh membuat carian di google atau boleh layari laman
Dyson Bladeless Fan Air Multiplier Malaysia untuk maklumat produk dan pilihan-pilihan rekabentuk yang ada.
Jika anda berminat untuk membeli boleh
KLIK DISINI
*** Kelebihan utama kipas ni adalah, bila kepala terlalu panas…masukkan kepala dalam tu terus…nak masuk kaki pun boleh ***Kekurangan & Kelemahan kipas ni adalah,
korang dah x boleh nk buat bunyi suara robot bila bercakap di belakang
kipas tu..hahahahaha.gurau jer SUMBER : http://www.aposajo.net/blog/2011/iklan-review/bladeless-fan-air-multiplier-kipas-tanpa-bilah/