MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Laluan orang minyak dipagar

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Laluan orang minyak dipagar Empty
PostSubject: Laluan orang minyak dipagar   Laluan orang minyak dipagar EmptyFri Jan 06, 2012 3:42 am

Laluan orang minyak dipagar Image2
GOMBAK – Sudah 16 hari berlalu, namun serangan orang minyak di Kampung Laksamana, Batu Caves masih berterusan berlaku.
Pelbagai ikhtiar dibuat bagi mengatasi gangguan, bagaimanapun
kejadian pelik terus berlaku terutama dalam tempoh waktu malam hingga
ke pagi.

Kaedah untuk mengatasi masalah gangguan orang minyak diteruskan dan
kelmarin, satu majlis tahlil khas diketuai Ustaz Kamaruzaman Abdul
Rafar dilakukan di sebuah rumah di Jalan Laksamana 1.

Kamaruzaman hadir diiringi kira-kira 10 ahli persilatan* memimpin bacaan tahlil dan doa selamat yang turut disertai penduduk.

Majlis yang diadakan tepat jam 10 malam itu diadakan bertujuan
memohon petunjuk ALLAH bagi membantu elak daripada terus menjadi mangsa
gangguan dua orang minyak yang mengganas di kampung itu.

Program yang berlangsung selama satu jam itu diakhiri dengan memagar
seluruh kawasan Jalan Laksamana 1 manakala kawasan lain akan dilakukan
secara berperingkat.

Kamaruzaman berkata, majlis bacaan ayat suci al-Quran yang diadakan
merupakan salah satu cara untuk mematikan kuasa ilmu hitam orang minyak
menggunakan benang.

“Apabila makhluk ini terpijak benang-benang yang sudah diwafakkan
dengan ayat al-Quran, kuasanya akan hilang dan ianya akan menjadi
manusia biasa semula, ketika itulah kita boleh menangkapnya,” katanya.

Kamaruzaman berkata, benang-benang itu diikat dipangkal pokok pisang
dan laluan yang dipercayai sering menjadi lokasi orang minyak muncul.

“Kita cuba cara ini dahulu, mana tahu ianya berhasil untuk mengesan,” katanya.

Turut ‘dipagar’ pada malam itu ialah kawasan kabin usang yang sebelum ini terdapat tiga botol minyak hitam dan minyak zaitun.

Penduduk juga boleh mengelak daripada menjadi mangsa gangguan ini
dengan memagar sendiri kawasan rumah masing-masing melalui bacaan 100
kali ayat kursi dari pintu pagar luar ke pintu utama, membaca
al-Fatihah terus ke sudut kanan, surah al-Kafirun sambil membaca setiap
empat penjuru rumah dengan 25 kali ayat kursi, al-Ikhlas, al-Kafirun
dan diakhiri dengan surau al-Falaq.

Semalam, sekali lagi perkara pelik berlaku pada jam 4 pagi apabila
batang pokok pisang yang sudah diikat dengan benang terkulai
seolah-olah seperti baru dicantas.

Ustaz Kamaruzaman memberitahu, perkara yang tidak disengajakan itu
berlaku apabila orang minyak itu terlanggar benang yang diikatkan di
kawasan itu.

“Mungkin dia takut dikesan dan cuba melarikan diri menyebabkan pokok
pisang yang menjadi tempatnya bersembunyi dilanggar,” katanya.

Difahamkan, satu lagi solat hajat akan digerakkan Surau al-Karimiah,
Kampung Laksamana hari ini, seorang lagi ustaz akan dipanggil untuk
membantu menyelesaikan isu orang minyak itu.



SUMBER : SINAR HARIAN
Back to top Go down
 
Laluan orang minyak dipagar
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Orang minyak atas bumbung
» cerita orang gila
» kenali orang sombong dan bongkak
» Orang Berduit Sahaja Beli Musang King
» Perbandingan Lelaki Dan Perempuan Yang Orang Tak Perasan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: