MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan Empty
PostSubject: Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan   Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan EmptyFri Jan 06, 2012 3:41 am

Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan Dyson09lar

LONDON – Pencipta dari Britain yang menghasilkan pembersih vakum
tanpa beg, Sir James Dyson kini memperkenalkan peralatan rumah terbaru
rekaannya iaitu kipas angin elektrik tanpa bilah.

Semasa melancarkan produk tersebut, Dyson berkata, kipas tersebut
yang dinamakan Dyson Air Multiplier mampu menghasilkan angin yang kuat.

Menurutnya, dia mendapat idea untuk mencipta kipas itu selepas
meneliti alat pengering tangan yang menyedut banyak angin di sekitarnya.

Dyson berkata, selain senyap, produk itu juga lebih selamat
berbanding kipas angin biasa kerana ia tidak mempunyai bilah yang boleh
mencederakan jari jika disentuh oleh kanak-kanak.

Ia berfungsi dengan menolak udara sehingga mencecah kelajuan 35.2
kilometer sejam melalui bukaan kecil selebar 1.3 milimeter di
sekelilingnya.

Kipas angin berharga £199 (RM1,066) itu mula dijual di beberapa kedai utama di sini.

Dianggarkan memiliki kekayaan mencecah £500 juta (RM2.6 bilion)
Dyson, 62, muncul sebagai pereka terbaik Britain susulan kejayaannya
mencipta pembersih vakum tanpa beg yang direkanya sekitar tahun 1990-an.






Korang pernah dengar tak tentang Bladeless Fan Air Multiplier atau Kipas Tanpa Bilah ni?
Benda ni rupanya dah ada sejak 2008 lagi, atau mungkin lebih awal.



Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan Dysonblade



Dyson Bladeless Fan Air Multiplier

Ciri-ciri Bladeless Fan Air Multiplier,


  1. Selamat – Anak-anak yg suka jolokkan tangan dalam kipas, so bila
    pakai benda ni takde la risau nak lepaskan diorang bermain, kita nak
    tido pun senang.
  2. Senang dicuci – Yelah, tak payah susah-susah nak kena bukak bagai
    macam kipas angin biasa tu, lap je terus pakai kain, dah setel.
  3. Senang nak Adjust – Korang nak dia hala ke atas ke, bawah ke, kiri
    ke, kanan ke, tolak je kemana yang korang nak, sistem dia direka supaya
    mudah di adjust dan akan kekal di posisi yang kita mahu. Wallaweh..
Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan Dysonbvdv

Ciri-ciri Dyson Bladeless Fan Air Multiplier

Apa yang membezakan antara kipas tanpa bilah atau Bladeless Fan Air
Multiplier ni dengan kipas biasa ialah, teknologi ini akan memberikan
hembusan angin kuat yang selari dan berterusan, berbeza dengan kipas
biasa yang hembusannya terputus-putus kerana penggunaan bilah yang
memotong hembusan angin kepada blok-blok yang kecil sepertimana
gambarajah dibawah.


Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan Dysonbppp

Perbezaan kipas biasa vs Dyson Bladeless Fan Air Multiplier

Cara-cara Bladeless Fan Air Multiplier berfungsi.


  1. Menggunakan teknologi sepertimana yang digunakan didalam enjin
    turbo jet, ia akan menarik udara daripada luar seterusnya menghasilkan
    aliran angin yang kuat di dalam sistem.
  2. Seterusnya aliran angin tadi akan dipecutkan melalui satu sistem
    emparan “annular aperture” yang boleh difahami dengan mudah jika kita
    memahami bagaimana daya emparan digunakan untuk “dry-spin” pakaian
    menggunakan mesin basuh.
  3. Aliran angin yang telah dipecutkan ini kemudiannya akan menyebabkan
    udara yang berada dibelakang alat ini tersedut masuk kedalam aliran dan
    dipecut untuk keluar semula kehadapan alat disebabkan daya aruhan yang
    kuat daripada aliran angin diperingkat kedua tadi.
  4. Akhir sekali, udara di sekitar alat juga akan tertarik kedalam
    aliran udara terpecut tadi seterusnya menambah kuat aliran angin
    tersebut.


Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan Dysonbeee

Dyson Bladeless Fan Air Multiplier

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini boleh membuat carian di google atau boleh layari laman Dyson Bladeless Fan Air Multiplier Malaysia untuk maklumat produk dan pilihan-pilihan rekabentuk yang ada.



Jika anda berminat untuk membeli boleh KLIK DISINI



*** Kelebihan utama kipas ni adalah, bila kepala terlalu panas…masukkan kepala dalam tu terus…nak masuk kaki pun boleh Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan 7Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan 7Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan 7

***Kekurangan & Kelemahan kipas ni adalah,
korang dah x boleh nk buat bunyi suara robot bila bercakap di belakang
kipas tu..hahahahaha.gurau jer
Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan 7Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan 7Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan 7


SUMBER : http://www.aposajo.net/blog/2011/iklan-review/bladeless-fan-air-multiplier-kipas-tanpa-bilah/
Back to top Go down
 
Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: