MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Aksi drift.... akhirnya makan diri

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Aksi drift.... akhirnya makan diri   Fri Jan 06, 2012 3:44 am


PERIKSA...anggota JPJ memeriksa kenderaan yang diubah suai.

KUALA LUMPUR: Layan drift depan anggota kereta peronda. Begitulah lagak
berani seorang pemilik Nissan Silvia yang sepatutnya digunakan untuk
pameran kereta seperti seolah-olah mencabar peronda Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang melakukan rondaan di Bandar Tasik
Selatan, Cheras.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan berusia 24 tahun itu terlupa penguat
kuasa JPJ mampu menjejaki kenderaannya berdasarkan nombor pendaftaran
digunakan.


Hasil intipan Unit Risikan Operasi JPJ Kuala Lumpur, pemandu kenderaan
berkenaan dicekup bersama keretanya itu di rumahnya di Taman Connaught,
Cheras kelmarin.

Pengarah JPJ Wilayah, Mohd Nadzri Osman berkata, ketika sepasukan
anggota peronda JPJ sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan, mereka
ternampak sebuah kereta jenis Nissan Silvia berwarna hijau yang diubah
suai dan ketika cuba ditahan, pemandu kereta berkenaan sengaja memecut
laju.


“Pasukan peronda yang mencurigai mengekori kenderaan berkenaan
bagaimanapun pemandu terbabit menunjukkan keangkuhannya dengan
mempamerkan aksi drift di hadapan kereta peronda sebelum melarikan diri.


“Bagaimanapun, melalui nombor pendaftaran kenderaan itu, Unit Risikan
Operasi berjaya menjejaki kereta itu dan mencekup pemiliknya selain
menyita kenderaan itu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati keretanya itu kebiasaannya dipamerkan
ketika pameran kereta di ibu kota bagaimanapun cara badan kereta dan
ekzos itu tidak diubah suai tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.


Beliau berkata, cara pemanduan drift di jalan biasa adalah kesalahan
berat kerana ia bukan saja membahayakan pemandu itu sendiri malah
pengguna jalan raya lain.


sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Ak...andiri/Article


Back to top Go down
 
Aksi drift.... akhirnya makan diri
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Hakikat Jati Diri Manusia
» Makan Babi Gak Mempan Disantet!
» Putra Penginjil Bunuh Diri
» makan ayam sembelihan orang kafir
» Kimberly Wood Stove

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: