MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Perlu ikrar kongsi isteri

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Perlu ikrar kongsi isteri   Fri Jan 06, 2012 3:45 am



KUALA LUMPUR: Rela berkongsi isteri. Itu antara sumpah atau ikrar yang
dilafazkan ketika upacara khas atau ritual untuk merekrut ahli baru
bagi satu kumpulan kongsi gelap.

Perkara itu didedahkan seorang bekas pengikut kumpulan berkenaan yang
hanya mahu dikenali sebagai Burn, 23 dan pemuda terbabit juga meminta
nama kumpulan itu dirahsiakan demi keselamatannya.

Burn yang menganggotai kumpulan itu selama tiga tahun, nekad
meninggalkannya pertengahan tahun lalu selepas sering diugut rakan
sekumpulan kerana gagal melunaskan bayaran bulanan selain diarah
melakukan jenayah seperti memukul orang dan bergaduh.

Menceritakan lebih lanjut mengenai upacara merekrut ahli baru kumpulan
dianggotainya itu, Burn berkata, dia dan beberapa bakal ahli dibawa ke
sebuah tokong di selatan tanah air yang terletak jauh dari pusat bandar.


“Upacara merekrut ahli baru ini dilakukan dalam skala besar atau kecil
mengikut berapa ramai ahli baru yang akan direkrut dan kebiasaannya
dilakukan pada lewat malam,” katanya sambil menjelaskan penyertaannya
dalam kumpulan itu disebabkan terpengaruh dengan pujukan rakan.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Pe...isteri/Article
Back to top Go down
 
Perlu ikrar kongsi isteri
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» kenapa islam agama satu2nya yg perlu dibela pemeluknya?
» Diskusi 4 orang saksi Zina
» bagaimanakah cara membentuk masyarakat madani?
» Budidaya Burung Perkutut
» Nazwar Syamsu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: