MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Hidup selepas jatuh dari tingkat empat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Hidup selepas jatuh dari tingkat empat   Fri Jan 06, 2012 3:45 am


azhari ditemani ibunya, Mahani ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Umur seorang remaja ternyata masih panjang apabila dia
yang terjatuh dari tingkat empat bangunan kuarters guru di Tajar di
sini kelmarin kerana mahu mengambil anak burung merpati, selamat.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Mohd. Azhari Mat Saad, 15, patah
kaki kanan, retak tulang tangan sebelah kiri, luka di kepala sepanjang
kira-kira 12 sentimeter dan lebam pada bahu.

Akibat kecederaan itu, anak ketiga daripada empat beradik itu dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Ibu mangsa, Mahani Mohd. Saad, 40, berkata, dia ketika dimaklumkan
mengenai kejadian menimpa Azhari oleh penduduk kampung pada mulanya
tidak menyangka ia benar-benar membabitkan anaknya.

“Namun selepas suami sendiri memaklumkan mangsa ialah Azhari, fikiran
saya amat terganggu kerana membayangkan nasib Azhari yang lebih buruk
kerana terjatuh dari tingkat empat,” katanya ketika ditemui di HSB di
sini semalam.

Katanya, bukan dia sahaja yang terkejut malah lebih 20 penduduk kampung
datang ke rumahnya di Kampung Jelai di sini kerana menyangka Azhari
sudah meninggal dunia.


sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_05.htm
Back to top Go down
 
Hidup selepas jatuh dari tingkat empat
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Menjawab Fitnah Kafir : Heylel Ben Shachar
» Iblis tercipta dari api, kenapa bisa tersiksa di neraka?
» bendera hitam dari timur
» Jama'ah Tabligh Agama Mimpi
» Menjaga Kemaluan dari budak?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: