MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Aakash Terima 1.4 juta Tempahan Dalam Seminggu

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Aakash Terima 1.4 juta Tempahan Dalam Seminggu Empty
PostSubject: Aakash Terima 1.4 juta Tempahan Dalam Seminggu   Aakash Terima 1.4 juta Tempahan Dalam Seminggu EmptyFri Jan 06, 2012 3:48 am

Aakash Terima 1.4 juta Tempahan Dalam Seminggu Lu_03.1
Pelajar-pelajar di India bersama komputer tablet Aakash berharga 2,500
rupee atau RM148 seunit, yang merupakan termurah di dunia. - REUTERS


NEW DELHI 4 Jan. - Komputer tablet termurah di dunia, Aakash semalam
mencatat 1.4 juta tempahan sejak mula dijual secara dalam talian pada
minggu lalu di India.


Jurucakap syarikat Britain, Datawind di New Delhi berkata, tempahan
tablet tersebut yang berharga 2,500 rupee (RM148), mula diterima sejak
14 Disember lalu, dua bulan selepas ia dipamerkan sebagai 'komputer
untuk semua' di India.


Datawind yang mengikat kontrak dengan kerajaan India untuk membuat
Aakash, turut terkejut dengan permintaan tinggi tablet itu di India.


Syarikat Datawind kini turut menerima tempahan versi Aakash yang dinaik
taraf iaitu Ubislate 7 pada Mac depan dan tiga kilang baru akan dibuka
pada tahun ini bagi memenuhi permintaan pelanggan.


"Kami merancang untuk menghasilkan 75,000 unit sebulan bagi setiap kilang bermula April ini," katanya.


Akhbar Economic Times dalam laman webnya berkata, syarikat pengeluar
telah kehabisan stok tablet Aakash, yang dilengkapi skrin sentuh
berukuran 18 sentimeter, Wi-Fi, fungsi Internet, pemain multimedia dan
bateri yang mampu bertahan sehingga 180 minit.


Tablet itu juga dilengkapi dengan sistem operasi Android 2.2 dan kad memori 2GB serta dua slot USB.


Katanya, kira-kira 400,000 tempahan jualan awal Aakash menjadikan
jumlah itu lebih tinggi berbanding jualan keseluruhan pasaran tablet di
India yang mencatatkan penjualan 250,000 sehingga 300,000 unit tablet
pada tahun lalu. - AFP
Back to top Go down
 
Aakash Terima 1.4 juta Tempahan Dalam Seminggu
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Gaji PM Singapura RM5.31 juta
» Tourism Malaysia Membelanjakan RM1.8 Juta Untuk Kempen Sosial Atas Talian
» Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta
» Ikan tuna gergasi dilelong RM2.3 juta
» Fan Facebook Scha Al-Yahya Lebih 1.1 Juta Orang!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: