MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Penyamun masuk kelambu

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Penyamun masuk kelambu Empty
PostSubject: Penyamun masuk kelambu   Penyamun masuk kelambu EmptyFri Jan 06, 2012 3:49 am




Penyamun masuk kelambu Image

ALOR SETAR - Seorang warga emas, yang sedang nyenyak tidur terkejut
apabila dibangunkan isterinya yang memberitahu ternampak kelibat orang
di luar kelambu bilik mereka, dalam kejadian samun, di sini, kira-kira
jam 4 pagi, semalam.

Shuid Ahmad, 66, berkata, semasa kejadian samun itu, dia hanya tinggal berdua bersama isterinya, Maimunah Lat, 61, di rumah.

Menurutnya, sebaik terlihat kelibat penyamun itu, dia terus menjerit
meminta tolong sebelum diserbu empat penyamun ke dalam kelambu mereka.

“Penyamun itu kemudiannya meminta kami diam dan mengacukan parang ke
leher saya. Tangan dan kaki kami diikat sementara mulut disumbat dengan
kain.

“Mereka memakai topeng dan dua daripadanya bersenjatakan parang. Mereka
turut menggeledah almari, laci dan seluruh bilik bagi mencari barang
berharga,” katanya.

Shuid, yang juga Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) berkata, penyamun
itu berjaya menemui barang kemas yang disimpan isterinya.

Menurutnya, seorang daripada mereka kembali mengacukan parang ke
lehernya dan bertanya kepadanya lokasi dia menyimpan barang berharga
lain dan wang tunai.

“Kerana ketakutan, saya memberitahu lokasi saya menyimpan wang tunai
dan kemudiannya seorang penyamun pergi mendapatkannya, namun tidak
berjaya.

“Penyamun itu kembali mengacukan parang di leher dan bertanyakan sekali
lagi lokasi tersebut kerana mereka gagal mencarinya. Saya memberitahu
dan menunjukkan laci tempat menyimpan dompet saya dan mereka terus
menggeledah laci terbabit,” katanya.

Shuid berkata, mereka berdua yang diikat ditinggalkan di dalam bilik
dan terdengar sebuah kenderaan berhenti di hadapan rumah dipercayai
digunakan penyamun untuk melarikan diri.

Sejurus itu katanya, mereka cuba meleraikan ikatan tangan dan kaki sebelum ke rumah jiran untuk meminta pertolongan.

“Ketika itu jam menunjukkan 4.45 pagi dan saya dapati penyamun itu masuk ke rumah melalui pintu belakang rumah yang dipecahkan.

“Kami hanya tinggal berdua di rumah dan tidak mendengar apa-apa bunyi
sebelum melihat kelibat mereka di luar kelambu di bilik tidur kami di
tingkat atas,” katanya.

Shuid membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan pagi
semalam dan anggaran kerugian RM48,000 termasuk wang tunai, barang
kemas dan telefon bimbit.

Bagaimanapun, Shuid berkata, dia bersyukur kerana dia dan isteri tidak dicederakan penyamun semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Ismail Abu ketika
dihubungi mengesahkan laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395
Kanun Keseksaan.

“Polis melakukan siasatan di lokasi kejadian dan setakat ini polis
sedang mengesan penyamun terbabit. Masih tiada tangkapan dilakukan
setakat ini (semalam),” katanya.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/...elambu-1.16558


Back to top Go down
 
Penyamun masuk kelambu
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Nik Aziz masuk hospital
» Lelaki Kanada masuk AS hanya guna iPad

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: