MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Danyal membuak-buak

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Danyal membuak-buak   Fri Jan 06, 2012 4:04 am

Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my



















Datuk Danyal Balagopal Abdullah





“SAYA amat sedih melihat perkembangan sukan olahraga ketika ini,
sebab itu saya tergerak hati untuk kembali semula ke dalam KOM
(Kesatuan Olahraga Malaysia).”


Demikian nada bekas Timbalan Presiden badan induk olahraga tempatan
itu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang mengemukakan hasrat untuk
kembali dan bertanding pada pemilihan KOM yang dijadual berlangsung
bulan depan dengan tujuan ikhlas untuk mengembalikan semula maruah
sukan olahraga di negara ini.

Dengan kemungkinan besar
jawatan yang akan dicabar pada pemilihan itu nanti adalah Timbalan
Presiden serta Presiden yang ketika ini masing-masing disandang Datuk
Karim Ibrahim serta Datuk Seri Shahidan Kassim, Danyal menegaskan,
hasratnya untuk kembali selepas mendapat sokongan beberapa individu di
dalam KOM.





“Saya bukan gila kuasa. Kalau anda tanya pihak luarpun, mereka juga
pasti sudah sedia maklum tentang senario yang berlaku dalam KOM ketika
ini.

“Selepas ramai meminta saya untuk kembali selepas Sukan
Sea lalu, saya fikir elok juga cadangan itu. Tapi saya ingin tegaskan
di sini, saya hanya akan kembali jika benar-benar ramai yang mahukan
saya kembali semula,” katanya yang ketika ini memikul tugas sebagai
Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Jelas Danyal,
hasrat untuk kembali ke KOM semakin membuak-buak selepas kesal melihat
salah seorang atlet olahraga negara yang memenangi pingat pada temasya
Sukan Sea lalu, positif ujian doping sampel A seperti yang dilaporkan
media baru-baru ini.




innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "591";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";








“Bukan itu saja, banyak sebenarnya perkara lain perlu diperbetulkan
semula. Segala-galanya adalah soal ketelusan, saya mahu bersikap telus
andai diberi amanah memikul jawatan di KOM,” katanya. Ditanya mengenai
situasi KOM ketika ini, Danyal tanpa berselindung menegaskan beliau
benar-benar kecewa, terutama soal pembangunan atlet yang seolah-olah
masih mengharap atlet senior untuk menuai pingat emas seperti yang
berlaku di temasya Sukan Sea lalu.

“Dulu sukan Olahraga
menjadi sukan yang amat dihormati, malah atlet kita ramai yang menjadi
jaguh di peringkat Asia. “Apa yang berlaku sekarang? Kemungkinan besar
Sukan Sea seterusnya tak ada wakil yang akan bertanding,” katanya.




innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "604";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";










Ditanya pula pendapatnya mengenai Karim yang dikatakan sering
mencetuskan kontroversi dalam KOM, Danyal berkata: “Saya amat kenal
dia, dia seorang bermasalah. Semua ini ada agenda tersembunyi, bukan
benar-benar mahu membangunkan atlet.” Ketika eranya bersama KOM yang
dahulunya dikenali Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) bermula
2001 hingga 2006, Danyal adalah individu yang bertanggungjawab dalam
menyediakan kertas kerja untuk jangka masa 10 tahun untuk atlet
olahraga yang kemudiannya mendapat sokongan Jawatankuasa Kabinet untuk
sukan pada 2002.

Antara objektif utama kertas kerja itu ialah
untuk melahirkan sekurang-kurangnya dua atlet olahraga layak beraksi di
final Sukan Olimpik London pada tahun ini.

Namun selepas
beliau tewas dalam perebutan jawatan Presiden kepada Shahidan pada
2006, rancangan kertas kerja itu tidak diteruskan selepas eranya
meskipun ia sudah dilaksana selama kira-kira dua tahun.
Back to top Go down
 
Danyal membuak-buak
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: