MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Jayabalan harap sampel B doping anak buah negatif

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Jayabalan harap sampel B doping anak buah negatif Empty
PostSubject: Jayabalan harap sampel B doping anak buah negatif   Jayabalan harap sampel B doping anak buah negatif EmptyFri Jan 06, 2012 4:05 am

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my


Jayabalan harap sampel B doping anak buah negatif Ico_email
Jayabalan harap sampel B doping anak buah negatif Ico_print
Jayabalan harap sampel B doping anak buah negatif Ico_bmark
Jayabalan harap sampel B doping anak buah negatif Ico_txbig
Jayabalan harap sampel B doping anak buah negatif Ico_txsmall
Jayabalan harap sampel B doping anak buah negatif Ico_komen
















MASIH ada sekelumit harapan ditanam jurulatih kuartet negara, K
Jayabalan agar sampel B doping yang diuji di India membabitkan atlet
bimbingannya negatif.


Biarpun harapan itu sangat tipis, beliau enggan berputus asa kerana sedar kesilapan itu akan memusnahkan karier anak didiknya.

Mengakui
kecewa kerana perkara sebegini tidak pernah berlaku selepas hampir 30
tahun membimbing atlet olahraga, Jayabalan kini mengambil pendekatan
tunggu dan lihat dan hanya akan tampil memberi penjelasan selepas
keputusan ujian itu diumum, minggu depan.





Daripada digelar ‘zero’ dan bergelar ‘hero’ kuartet 4x400m yang
meraih emas di Sukan Sea November lalu sekali lagi berdepan ranjau
apabila salah seorang daripada anggotanya dikatakannya positif ujian
doping.

“Saya tidak tahu sama ada mahu percaya atau tidak kerana langsung tidak dimaklumkan berhubung perkara itu.

“Saya
sangat sedih dan kecewa kerana tidak menyangka perkara ini boleh
terjadi. Mereka berkerja keras dan banyak berkorban untuk sampai ke
tahap ini.




innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "591";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";








“Saya tidak boleh menggambarkan betapa kecewanya saya saat ini.
Ketika mereka menelefon saya untuk memaklumkan kemenangan di Palembang,
sayalah yang paling gembira. “Tapi kini sayalah yang paling sedih.
Mereka masih muda. Masih banyak yang mahu dikejar dan banyak
perancangan dan persiapan ke Sukan Asia akan terjejas untuk atlet-atlet
ini,” katanya yang pernah membimbing atlet seperti Datuk Paduka Mumtaz
Jaafar, Nordin Jadi dan ramai lagi atlet.

Jayabalan yang
berusia 65 tahun berkata, apa yang terjadi akan memusnahkan masa depan
atlet ketika mereka berada di puncak kejayaan.




innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "604";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";










Hingga semalam, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri
Shahidan Kassim dan timbalannya, Datuk Karim Ibrahim gagal dihubungi
untuk memberi penjelasan.

Kejayaan kuartet itu terhasil
daripada usaha keras tiga jurulatih - Jayabalan yang dibantu Hambri
Mahat dan S Thambu Krishnan namun dengan apa yang terjadi, Jayabalan
berkata biarlah dia menggalas tanggungjawab itu sepenuhnya.

Jayabalan bagaimanapun tidak mahu perkara ini diperbesarkan dan tidak mahu memberi komen lanjut hingga keputusan dikeluarkan.

Selasa
lalu, dua atlet negara yang meraih pingat pada temasya Sukan Sea
Indonesia, November lalu menerusi acara olahraga dan angkat berat,
didapati positif ujian doping sampel A. Perkara itu disahkan Setiausaha
Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang
bagaimanapun enggan memaklumkan identiti atlet terbabit sehingga
keputusan sampel B diketahui minggu depan dengan surat bertarikh 21
Disember 2011 sudah dikeluarkan kepada dua persatuan itu.
Back to top Go down
 
Jayabalan harap sampel B doping anak buah negatif
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 9 Waktu Mustajab Nasihatkan Anak-anak
» Nissan GT-R langgar 3 buah kereta tetap teguh berjalan
» Ranking FIFA: Malaysia Melonjak 7 Anak Tangga
» Ibu rela dinoda demi anak
» Wanita lahir anak dalam penerbangan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: