MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 PABM tegas

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: PABM tegas   Fri Jan 06, 2012 4:06 am

PERSATUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) tidak akan berkompromi
berhubung isu penyalahgunaan dadah berikutan kegagalan atlet mereka
dalam ujian doping Sukan Sea Indonesia November lepas.


Presidennya, Zafarul Akbar Kassim berkata beliau sendiri akan
mengetuai siasatan persatuan berhubung laporan positif sampel A ujian
doping oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Indonesia (INASOC).

“Kita akan bertindak tegas. Sekiranya atlet terlibat dalam penyalahgunaan dadah, dia akan dihukum dan digantung.





“Malah, sekiranya ada bukti jurulatih terlibat dengan benda-benda
yang tidak sihat ini, saya tidak akan teragak-agak untuk menamatkan
kontrak mereka,” katanya ketika ditemui di Wisma Majlis Olimpik
Malaysia (MOM), semalam.

Sambil berkata keputusan sampel B akan diketahui minggu depan, beliau enggan mendedahkan identiti atlet angkat berat terbabit.

Zafarul
berkata PABM tidak boleh menghukum selagi tidak ada kepastian dan
berharap keputusan sampel B berpihak kepada atlet berkenaan yang akan
diberi peluang membela diri, jika perlu.




innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "591";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";








Dalam pada itu, mengenai surat yang dikeluarkan INASOC, Zafarul
berkata beliau memberi reaksi segera sejurus menerima dokumen
berkenaan, yang dipanjangkan oleh MOM, 22 Disember lalu.

“Bila
saya mendapat panggilan daripada Datuk Sieh (Kok Chi) (Setiausaha
Kehormat MOM) mengenai masalah ini, pada hemat saya, ia serius dan
melibatkan maruah negara.




innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "604";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";










“Saya terus datang baca, fahami kandungan surat tersebut dan terus
hubungi atlet berkenaan, dan kemudiannya terus membuat surat penjelasan
pada hari yang sama kepada MOM,” katanya.

Zafarul berkata, dalam surat itu, beliau meminta agar saringan sampel B dibuka bagi mencari kepastian berhubung isu itu.
Back to top Go down
 
PABM tegas
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Dugaan Penistaan Agama oleh Ahok, Ustaz Arifin Ilham Minta Presiden Tegas

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: