MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Kannathasan nafi terbabit

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Kannathasan nafi terbabit Empty
PostSubject: Kannathasan nafi terbabit   Kannathasan nafi terbabit EmptyFri Jan 06, 2012 4:06 am

ISU doping yang menyelubungi kuartet 4x400 meter terus menjadi
tumpuan apabila salah seorang pemenang pingat emas Sukan Sea Indonesia
acara tersebut S Kannathasan menafikan bahawa beliau individu yang
dimaksudkan.


Malah pelajar tahun pertama Fakulti Sains Komputer dan Teknologi
Maklumat Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berharap keputusan ujian
doping saringan kedua rakannya negatif agar pingat emas negara dapat
dikekalkan. “Saya terkejut ketika dikhabarkan berita ini oleh jurulatih
(Hamberi Mahat) pada Selasa lepas. “Ia bukannya saya. Malah saya
terkilan dan bersimpati dengan masalah rakan saya ini dan biarlah
keputusan rasmi menentukan,” katanya.

Bagaimanapun beliau
enggan mendedahkan siapa individu yang dimaksudkan. Kannathasan berkata
sekiranya ujian doping saringan kedua itu kekal positif, atlet berusia
21 tahun ini redha dengan keputusan tersebut dan tidak mahu menyalahkan
sesiapa berhubung perkara tersebut. “Kita bertanding atas semangat
pasukan. “Saya tahu kita berhempas pulas untuk memenangi pingat emas
namun jika pingat emas Sukan Sea ini ditarik balik, saya hanya
menganggap ia bukan rezeki kami,” katanya. Sehubungan itu dia berharap
atlet yang dimaksudkan itu sabar menghadapi masalah ini.
Back to top Go down
 
Kannathasan nafi terbabit
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: