MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Kenari tak risau catat keputusan hambar di Bangkok

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Kenari tak risau catat keputusan hambar di Bangkok   Fri Jan 06, 2012 4:08 am

KETUA jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff tidak khuatir dengan
beberapa siri kekalahan perlawanan ujian di Bangkok, Thailand dan juga
keputusan seri ketika bertemu pasukan Liga Perdana, Perlis di Stadium
Darulaman, Isnin lalu.


Menurutnya, matlamat utama perlawanan ujian ialah mengenal pasti kemampuan sebenar pemain baru dan lama.

“Apa
yang merisaukan saya ialah sikap beberapa tonggak utama ketika berdepan
Perlis yang tidak beraksi dengan kewibawaan sebenar dan memberi peluang
kepada lawan untuk mengasak gawang kami.





“Pada babak kedua selepas menurunkan barisan muda, barulah kami
mengancam benteng lawan hingga berjaya menjaringkan gol penyamaan.

“Pemain
perlu sedar perlawanan ujian inilah akan membentuk kesebelasan utama
yang bakal beraksi pada perlawanan Liga Super bertemu T Team di Kuala
Terengganu, Selasa ini.

“Saya sudah bersemuka dengan pemain
dan mereka mengetahui apa yang saya mahukan, kini tinggal beberapa hari
sebelum kami memulakan cabaran musim baru,” kata Nidzam.
Back to top Go down
 
Kenari tak risau catat keputusan hambar di Bangkok
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» kiwi in bangkok
» MYSTERY VEHICLE
» SKB 3 menteri: pendirian rumah ibadah
» Ashin Wirathu, Bhiksu Myanmar dibalik pembantaian muslim Rohingya

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: