MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Hai O tak duga dipilih kapten ATM

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Hai O tak duga dipilih kapten ATM   Fri Jan 06, 2012 4:10 am

HAIRUDDIN Omar tidak menduga dipilih sebagai kapten pasukan Angkatan
Tentera dalam saingan bola sepak Liga Perdana bermula Isnin ini.


Hairuddin, 32 atau lebih dikenali dengan panggilan Hai-O berterima
kasih kepada pengurusan dan ketua jurulatih pasukan, B Sathianathan
kerana memberi kepercayaan kepadanya memakai kain lilitan ketua pasukan.

“Saya
tidak menduga diberi penghormatan mengetuai pasukan yang mempunyai
ramai pemain bintang ini dan tugas ini saya anggap paling berat dan
penuh cabaran.





“Namun saya sedia memikul cabaran itu dengan harapan membawa pasukan
mencapai sasaran musim ini,” kata pemain berasal dari Terengganu itu.

Pemilihan Hairuddin memang kena pada tempatnya berdasarkan pengalamannya beraksi di peringkat antarabangsa dan liga tempatan.

Selaku
penyerang, dia pemain pertama di negara ini yang membuat hatrik ketika
membantu dua pasukan berlainan muncul juara Piala Malaysia musim 2009,
2010 dan 2011.




innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "591";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";








Pada 2009 dia mewakili Negeri Sembilan, pada 2010 mewakili Kelantan
dan musim lalu sekali lagi mewakili Negeri Sembilan yang menyaksikan
gol jaringannya membawa Negeri Sembilan menjuarai kejohanan untuk kali
kedua.

Sementara itu, Sathianathan berkata, Hairuddin dipilih
kerana berpengalaman luas di samping mempunyai taraf disiplin tinggi
serta disegani lawan dan rakan sepasukan.




innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "604";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";










“Secara peribadi saya mengenali Hairuddin sejak zaman remajanya
dalam skuad kebangsaan dan skuad olimpik negara satu ketika dulu,”
katanya.

“Kehadirannya sebagai kapten memudahkan saya berkomunikasi dengan setiap pemain di dalam dan luar padang,” katanya lagi.

Selain
Hairuddin, pengurusan juga melantik pemain tengah yang juga bekas
pemain Johor FC, Rezal Zambery Yahya sebagai pembantu Hairuddin.

“Kami harap semua pemain memberi sokongan kepada mereka dalam mengharungi kejohanan musim ini,” kata Sathianathan.

Tugas Tentera bermula apabila menunggu NS Betaria FC di Stadium MPPJ pada perlawanan pembukan tirai
Back to top Go down
 
Hai O tak duga dipilih kapten ATM
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Mengapa Kapten San Jin Gu Memeluk Islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: