MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Gerrard inspirasi Reds: Spearing

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Gerrard inspirasi Reds: Spearing   Fri Jan 06, 2012 4:12 am

LIVERPOOL: Jay Spearing percaya Steven Gerrard mampu memberi
inspirasi kepada Liverpool untuk meraih piala ketika skuad kendalian
Kenny Dalglish mahu melupakan kontroversi yang menenggelamkan juara
Eropah lima kali itu.


Liverpool dikritik kerana mengeluarkan kenyataan yang menyokong
kuat Luis Suarez, pemain yang digantung lapan perlawanan kerana insiden
perkauman terhadap pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra.

Penyerang antarabangsa Uruguay itu akan terus menjalani hukuman ketika
menentang kelab bahagian tiga, Oldham Athletic di Anfield untuk
pertemuan pusingan ketiga Piala FA, awal pagi esok.





Namun Gerrard yang sudah meningkatkan tahap kecergasan dengan
beberapa perlawanan sebelum ini sebagai pemain gantian kerana jangkitan
buku lali dijangka berada dalam kesebelasan utama untuk pertama kali
sejak tiga bulan lalu.

Kapten Liverpool yang penuh inspirasi
itu beraksi 33 minit ketika tewas 0-3 kepada pendahulu liga, Manchester
City yang juga penampilan ketiga berturut-turut Gerrard sebagai pemain
gantian.

Spearing yakin rakan di bahagian tengah itu boleh
menjadi inspirasi pasukannya selepas kehilangan Suarez ketika cabaran
Liverpool berada di persimpangan. - AFP
Back to top Go down
 
Gerrard inspirasi Reds: Spearing
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Question for the "siggy`s"
» mana bukti atau tanda bahwa Israel menjajah palestina?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: