MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Penentuan jaguh Manchester

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Penentuan jaguh Manchester   Fri Jan 06, 2012 4:12 am

LONDON: Persaingan merebut gelaran Liga Perdana diketepikan seketika
hujung minggu ini dengan Manchester City dan Manchester United
menentukan siapa yang berhak bersuara apabila bertemu dalam pusingan
ketiga Piala FA, Ahad ini.


Pembalasan pastinya berada dalam minda pengurus United, Alex
Ferguson dengan pertemuan hampir tiga bulan lalu dalam liga menyaksikan
City mengejutkan jirannya 6-1 di Old Trafford.

Pertemuan di
gelanggang City, Stadium Etihad juga adalah ulangan separuh akhir musim
lalu apabila City menang dengan keputusan 1-0 sebelum meraih gelaran
utama selepas 35 tahun dengan menewaskan Stoke City di final.





Musim cuti yang sibuk menyaksikan kedudukan pasukan berdepan
kejutan apabila United tewas dua kali dalam lima hari kepada pasukan
yang sedang bergelut, Blackburn di laman sendiri diikuti Newcastle
United pada awal pagi semalam.

City pula ditewaskan menerusi
gol lewat Sunderland namun aksi pertengahan minggu menyaksikan mereka
menewaskan Liverpool 3-0 bagi membantu mereka mengekalkan kelebihan
tiga mata di puncak liga.

Kejayaan City meledak enam gol
pada 23 Oktober yang juga kekalahan terburuk United di laman sendiri
sejak 1955, meletakkan mereka lima mata berada di puncak dan Ferguson
menggambarkan ia adalah “hari terburuknya”. - Reuters Mancini berkata
pemain tengah itu yang menjaringkan gol dan mencipta peluang kepada gol
lain ketika mencatatkan kemenangan ke atas Liverpool pada Selasa, tidak
boleh diganti.




innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "591";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";








“Saya cuba mencari pemain lain namun tiada Yaya yang lain dalam
skuad ini,” kata Mancini. “Ia adalah kehilangan yang besar dan akan
menjadi sukar kerana dia adalah pemain yang penting untuk kami dengan
banyak perlawanan yang menanti.” -Reuters
Back to top Go down
 
Penentuan jaguh Manchester
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: