MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Tawar RM63.2 juta pikat Honda

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Tawar RM63.2 juta pikat Honda   Fri Jan 06, 2012 4:13 am

TOKYO: Kelab Perancis, Paris Saint-Germain menawarkan 13 juta euro
(RM63.2 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Jepun yang beraksi untuk
CSKA Moscow, Keisuke Honda, menurut laporan akhbar harian Jepun semalam.


Kelab Perancis itu sudah menghubungi CSKA selepas menyediakan jumlah
wang terbabit untuk pemain berusia 25 tahun itu yang membantu Jepun
mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 dan meraih Piala Asia tahun
lalu, menurut Sports Nippon yang memetik sumber PSG.

PSG cuba
mendapatkan Honda pada pertengahan tahun lalu namun perpindahan itu
gagal direalisasi apabila kelab Russia itu meletakkan yuran berjumlah
25 juta euro (RM121.7 juta).





Kontrak Honda bersama pasukan terbabit akan tamat pada Januari tahun depan.

PSG
yang dimiliki Qatar Sports Investments (QSI) menggunakan kedudukan
kewangan yang kukuh untuk mendapatkan pemain yang mempunyai nama besar
dan turut dikaitkan dengan bekas kapten England dan bintang terkenal
dunia, David Beckham yang dilapor menolak tawaran kerana alasan
keluarga.

Sumber terdekat QSI memberitahu AFP di Paris,
mereka turut menyediakan 61.5 juta euro (RM247.7 juta) untuk penyerang
AC Milan, Alexandre Pato dan perancang Real Madrid, Kaka.




innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "591";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";








Sesetengah kelab utama Inggeris termasuk Liverpool, Arsenal dan
Aston Villa turut berminat mendapatkan Honda pada Piala Asia, Januari
tahun lalu apabila dia dinamakan sebagai pemain paling berharga
kejohanan itu.

Juventus dilapor mengadakan perbincangan dengan CSKA Moscow pada Jun berhubung pemain tengah itu.




innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "604";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";










Selepas empat tahun bersama gergasi Liga-J, Nagoya Grampus dan dua
tahun di kelab Belanda, VVV Venlo, Honda menyertai CSKA pada Januari
2010 dan menjadi pemain pertama Jepun mara ke suku akhir Liga
Juara-Juara. - AF
Back to top Go down
 
Tawar RM63.2 juta pikat Honda
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» air tawar di kedalaman samudera
» Purchase of Submersible Pump 5 HP Single Phase with complete accessories - 114
» Garam dan manfaatnya dalam budidaya ikan air tawar
» Lebih 10 Juta Penduduk Saudi Tak Semua Muslim
» Salawat 1 kali, dibalas 10 kali, shalawat 1juta kali....?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: