MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Messi, Fabregas julang Barcelona

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Messi, Fabregas julang Barcelona Empty
PostSubject: Messi, Fabregas julang Barcelona   Messi, Fabregas julang Barcelona EmptyFri Jan 06, 2012 4:14 am

MADRID: Lionel Messi dan Cesc Fabregas masing-masing meledak dua
jaringan untuk membantu Barcelona membelasah Osasuna 4-0 di Nou Camp
pada perlawanan pertama, pusingan kelima Piala Raja Sepanyol, kelmarin.


Juara Sepanyol dan Eropah itu mendominasi seteru La Liga itu sejak
awal hingga wisel penamat dan kemenangan itu lebih manis buat Messi
yang hadir sebagai pemain gantian menambah dua gol selepas dua jaringan
separuh masa pertama oleh bekas kapten Arsenal, Fabregas.

Terdahulu Barca menyatakan Messi mungkin terlepas perlawanan itu akibat
deman dan selesema namun doktor di kelab itu mampu mengatasinya untuk
membolehkan bintang Argentina yang juga Pemain Terbaik Dunia
menggantikan Pedro pada setengah jam terakhir.





Fabregas meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-13 dan
menggandakan kedudukan lima minit kemudian dengan mengawal baik bola
sebelum membuat lambungan menarik melepasi penjaga gol Osasuna, Asier
Riesgo.

Messi melakukan tandukan yang jarang dihasilkannya
ketika aksi berbaki 20 minit sebelum menyudahkan hantaran Xavi, peluang
ketiga yang dicipta pemain Sepanyol itu dari penjuru kotak penalti
sebelum melepaskan rembatan ke penjuru gawang.

Sekiranya
mampu mengelak sebarang keputusan luar jangkaan pada aksi timbal balik
minggu depan, Barca akan berdepan musuh tradisi, Real Madrid pada suku
akhir, pasukan yang menewaskan mereka 1-0 pada final tahun lalu dan
bangkit selepas ketinggalan dua gol untuk menewaskan Malaga 3-2 pada
pusingan kedua, Selasa lalu. - Reuters
Back to top Go down
 
Messi, Fabregas julang Barcelona
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Messi bantu Argentina belasah Albania

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: