MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Persiapan skuad Penyu terjejas

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Persiapan skuad Penyu terjejas   Fri Jan 06, 2012 4:15 am

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


AZZUDDIN



“SAYA agak musykil sebenarnya kerana surat yang kami hantar menggunakan bahasa Melayu, bukannya bahasa Inggeris.

“Jadi, sepatutnya perkara ini tidak berlaku dan mereka (Terengganu) harus memahami dan meneliti surat yang mereka terima itu.”

Demikian respons Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berhubung tindakan Terengganu yang tetap
menyenaraikan dua pemain import yang tidak layak beraksi dalam saingan
Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Dengan keputusan itu, skuad Penyu nampak gayanya telah pun
‘bercucuran air mata’ gara-gara ‘kempunan’ mendapatkan sentuhan kedua-
dua pemain import terbabit meskipun sepak mula Liga-M belum pun bermula.

Terdahulu, kedua- dua pemain import terbabit, Francis Forkey Doe dan
Erison Da Silva Santos Carniet disahkan akan menyarung jersi Penyu bagi
mengharu- ngi saingan Liga-M dan juga kejo- hanan Konfederasi Bola
Sepak Asia (AFC).

Namun, Azzuddin dalam reaksi segeranya kepada Kosmo! semalam
memberitahu, kedua-dua pemain itu hanya boleh beraksi dalam kejohanan
AFC sahaja dan bukannya Liga-M.

Ini kerana menurutnya, hasil semakan FAM sebelum ini mendapati
kedua-dua pemain itu tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh FAM
sebelum ini.

Justeru katanya, Terengganu dan mana-mana pasukan lain yang gagal
membuat pendaftaran pemain import pada 8 Disember lalu boleh kembali
berbuat demikian ketika pendaftaran dibuka semula pertengahan April
depan.

“Kami sudah mengutuskan surat kepada Persatuan Bola Sepak Negeri
Terengganu (PBSNT) dengan jelas menyatakan tarikh 9 Januari itu
sebenarnya untuk pemain import yang beraksi untuk kejohanan AFC,
bukannya Liga M.

“Kami sudah menegaskan tarikh perpindahan pemain yang beraksi untuk
Liga M sudah ditutup pada Disember lalu. Keputu- san FAM muktamad dan
kami tidak memberikan mana-mana pasukan ‘keistimewaan’ berhubung isu
pemain import ini.

“Semua pasukan yang beraksi dalam Liga-M dilayan sama rata, cuma
kelebihan hanya pada pasu- kan yang beraksi di AFC sahaja. Namun, ini
tidak bermakna mereka dapat menggunakan khidmat pemain tersebut dalam
Liga-M,” tegasnya.

Kosmo! semalam melaporkan, Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh
mengumumkan nama kedua-dua ‘awang import’ terbabit bagi mengharungi
saingan Liga-M musim ini.

Beliau dilaporkan berkata, susu- lan pekeliling terbaharu bertarikh
23 Disember yang dikeluarkan oleh FAM menyatakan bahawa Terengganu
layak untuk mendaftar pemain import baharu selewat-lewatnya pada 9
Januari ini.

Justeru katanya, kesempatan yang ada jelas digunakan Terengganu
untuk merombak perancangan asal mengenai pemain import dengan menarik
balik pendaf- taran Mohamadu Sua Mareh dari Gambia yang sebelum ini
telah di- daftarkan dengan FAM.

Mengulas lanjut, Azzuddin berkata, beliau tidak mahu mana-mana
persatuan atau kelab melaku- kan perkara yang sama selepas peraturan
pemain import sudah dijelaskan kepada semua pasukan yang terlibat di
dalam Liga-M pada tahun lalu.
Back to top Go down
 
Persiapan skuad Penyu terjejas
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tanda Kiamat : Banyak Yang Ngaku Sebagai Imam Mahdi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: