MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Misi balas dendam

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Misi balas dendam Empty
PostSubject: Misi balas dendam   Misi balas dendam EmptyFri Jan 06, 2012 4:17 am

Misi balas dendam


Misi balas dendam Su_06.1
TOURE menjadi taruhan City pada aksi menentang United Ahad ini.



LONDON - Pertembungan dua musuh tradisi, Manchester City dan United
pada pusingan ketiga Piala FA malam Ahad ini pastinya menjanjikan aksi
yang menarik.

Kekalahan 1-6 kepada City dalam aksi Liga Perdana England sebelum
ini pastinya masih berbekas di hati skuad bimbingan Alex Ferguson itu.

Pertembungan di Stadium Etihad itu juga merupakan perlawanan ulangan
aksi separuh akhir Piala FA musim lepas apabila City menang 1-0 sebelum
menamatkan kemarau 35 tahun membenam Stoke City di final.

United pula dilihat semakin terdesak untuk mencari kemenangan
setelah tewas dalam dua perlawanan berturut-turut ketika menentang
Blackburn Rovers (2-3) dan terbaharu, Newcastle United (3-0) kelmarin.

City pula masih kekal menerajui Liga Perdana England apabila mudah
membelasah Liverpool 3-0 walaupun dikejutkan Sunderland sebelum itu.

Tonggak City, Yaya Toure dijangka akan diturunkan dan ia merupakan
aksi terakhir pemain itu sebelum mewakili negaranya, Ivory Coast bagi
aksi Piala Negara-Negara Afrika.

Pengendali skuad The Citizen, Roberto Mancini sebelum ini menegaskan, Toure yang meledak satu gol ketika membenam skuad The Reds sebelum ini, sebagai pemain yang tiada galang gantinya.

"Saya cuba untuk menggantikannya tetapi tiada pemain yang sebagus Toure.

"Ia merupakan satu kehilangan yang besar buat pasukan kami,
sememangnya ia bukan satu tugas yang mudah kerana Toure pemain yang
penting buat kami yang masih memiliki banyak perlawanan selepas ini,"
katanya.

Selain pertembungan kedua-dua pasukan, antara aksi menarik lain
ialah pertemuan antara Newcastle United yang melayan kunjungan
Blackburn Rovers sementara juara 10 kali, Arsenal pula berdepan Leeds
United awal pagi Selasa nanti.

Chelsea pula berdepan Portsmouth di Stamford Bridge, sekali gus
mengulangi aksi final 2010 apabila pasukan itu muncul juara dengan
kemenangan 1-0. - Reuters
Back to top Go down
 
Misi balas dendam
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Dendam cinta ditolak

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: